31 Aug 2010

tips mencari kebahagiaan rumahtangga dan kekayaan


1-jaga hubungan dengan Allah, sembahyang lima kali sehari atau lebih

2-apa saja ujian yang datang, kembali kepada-nya

3-jaga hubungan dengan ibubapa bagi lelaki atau suami. bagi wanita berkahwin, kunci kebahagiaan pada suami

4- mengetahui teknik pengurusan kewangan. Setiap bulan masukkan 10 peratus pendapatan ke dalam tabung kebebasan kewangan

5- mencipta ibu duit iaitu membuka tabung akaun simpanan emas di institusi kewangan

6- bersedekah setiap bulan

7- simpan duit syiling di dlam tabung yang nampak telus

8- beristighfar 100 kali sehari

9- selawat 1000 kali sehari dalam masa 10 hari untuk berhajat

10- Hidup mesti ada matlamat dan jelas

** tips ni aku amik dalam paper utusan xsilap...2 3 hari ni aku asyik bg tips je kan..hehe..layan je lar..lama dah aku amik ni..amik je terus tampal kat umah..hehe..kadang2 aku ni lupa akan sesuatu perkara..bila ternampak camtu baru la teringat

27 Aug 2010

petua-petua xnak bg mengantuk

tips dari sini

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah(klu aku igt somi lah kan :P) – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Selamat berjaya.

ni tips dari aku...nak jugekkk bg tip..ape..ko igt xboleh bg tip ke heh.. :P hehe

bila start je ngantuk...

1- cari makan..makan gula2 adelah x lut utk aku..aku kena makan menda yg dpt mengexercise otot2 muka aku nih...tp klu malas makanya..buat air jelah... (tp bila aku kenyang aku lg ngantuk)

2- cari keje lain sekejap bg hilang ngantuk skit patu pas hilang dah ngantuk stop keje yg buat tu jap patu sambung study balik..rasa ngantuk balik sambung balik keje td yg kena tggl..hahaha..paham x paham x?.

3- last sekali yg aku selalu buat ialah..tgk tenet...wahwah..aku suka yg last ni..bila bukak tenet ade lah aku nak masuk forum la, nak baca blog la, nak bukak facebook la..bila da start bukak..xreti2 lak tu nak stop...hehehe

***sesungguhnya entry ini adalah utk aku bg hilang mengantuk..!!!

21 Aug 2010

membebel

Wello ALL,

pagi2 lg aku dah rajin nak update blog kan kan..

aku rasa sekejap je pose kan..sehari 2 lg nak masuk 2mggu dah..terawikh satu pon x p lg...kehkeh..azimah azimah...bila ko nak berubah nieh?

kuih raya ade ke yg dah beli..aku dahhhhh...tp aku order 2 je la..satu jenis aku dah amik..kuih makmur...sedap kawan aku wat..satu lg kuih cekelat cip...tu nak dekat2 raya baru aku amik sbb klu aku amik awal maka nya semua kuih2 tu aku bedal xsempat nak jamu orang..ni pon aku duk amik satu2...haihhh...azimah azimah...

lain dari kuih tu klu ade kesempatan igt nak buat skit..klu xdek kesempatan makanya 2 kuih tu je la..ekekeke...aku xnak membazir cam tahun2 lepas sbb kuih x abis xdek sape makan..klu kuih dah abis masa raya ke5 6 7 ke aku boleh jamu makanan lain..bukan nye perkara wajib pon nak ade kuih raya tu..org pon kadang2 rasa sesikit je kuih kan kan....sendiri buat andaian..hahaha

baju raya pon ade ke yg dah siap..aku dahhhhh...kali ni byk pulak baju raya aku sbb sbb sbb..huhu...di sekeliling aku ramaiiiiii yg jual kain, kat opis, adik ipar, sepupu, aku sendiri pon ade jual kain sekejap aritu....xsedar yg baju tu duk amik satu2 bila dikumpul2 dah..hmmmmm...malas ah nak cite kan..hahaha..(padahal xdek byk mana pon..ekeke)

tahun ni hubby xdek baju raya..aku je..sbb dia bukan pakai baju melayu pon...dia pakai sekali setahun je baju melayu tu...ekekek...eh 2 kali...raya haji sekali...so aku igt nak beli t shirt baru utk dia je raya ni..

kali ni berdua lg raya..Alhamdulillah..syukur kepada Allah, diberi kesempatan utk menyambut bulan puasa lg utk tahun ni...walaupon berdua..aku bersyukur dgn ape yg Allah kurniakan selama ni...sesungguhnya..dalam segala hal, Allah itu maha mengetahui...Alhamdulillah :)

12 Aug 2010

tag n award dari kak lina


thanks kak lina..dah la tgh rajin nih :P


Soalannya :

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?

Jawapan : adakah anda rasa saya hot

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?

Jawapan :



Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?

Jawapan : Doa mohon perlindungan dari kesusahan

Ya Allah, hambaMu berlindung denganMu daripada duka dan susah dan hambaMu berlindung denganMu daripada lemah dan malas dan hambaMu berlindung denganMu daripada ketakutan dan kebakhilan dan hambaMu ini berlindung denganMu daripada kesulitan hutang dan penindasan manusia
amin

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?

Jawapan : rasanya ari isnin or selasa lepas..makan pizza yg ade meatball ke chicken ball kat tepi2 tu..kak zura tu selalu makan pizza..bila x abis dia bawak balik..aku n ina la bedal dalam kereta..haha

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?

Jawapan : ntah x igt

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?

Jawapan : reply order org

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?

Jawapan : anak2 menakan aku sume panggil mak teh :p

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...

Jawapan :

haiyah...ni yg malas ni..

1- diana
2-syah
3-kak eryne
4-kak julie
5-kak jiejah

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?

Jawapan : kawan keje satu company tp lain2 opis...panjang ceritanya.. yg paling penting oh diana, aku rindu pada mu :p

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?

Jawapan : semoga kak jiejah beroleh keberkatan ni bulan yg mulia ini..skema boleh x?

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?

Jawapan : kak eryne kawan ngan nana, nana kawan ngan aku, aku kawan ngan kak eryne

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?

Jawapan : syah kawan ngan aku hha

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?

Jawapan : i miss u like crazy haha

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..

Jawapan :

haiyahhh...

1- semua dah kawen
2-semua ade kamera
3-semua ade anak tekak
4-semua ade kepala
5-semua ade kaki

timekasih kak lina :))

sebeday mak

yeahh..aku rajin

7 ogos ade lah sebeday mak...adik plan nak beli kek kat mak..and kami adik badik lain tong2 beli makanan2 lain..kononnye nak buat seprais..sebaik jadi gak seprais kami..mak terharu sbb anak dia buat makan2 sempena besday dia..hehe

may ALLAH bless mak, happy besday mak :)






menu sebeday mak ialah nasi arab, kepci, mee goreng n keropok, kacang serta jajan2 yg lain..

11 Aug 2010

cameron highland..

Wello...sudah byk kali delete intro...straight to da point lar kan..senang cerita..xyah la aku susah2 nak bermadah bagai..

aku ni bila org apdet baru terkedek2 nak updet gak...baru la terpikir lama x updet..haihh.padahal byk aku nak cerita nih..kononnyeee...

ok2...tu dah kira intro dah la kan

back to da story...sebenarnya percutian ini dirancang nak pergi bersama2 ngan ina,mak aku, keluarga mentua aku (mak & abah), adik ipar aku pait n ana,

at last yg tggl aku n ana je..lantak ler..kami tetap terus kan percutian yg x seberapa ni..percutioan la sgt..sekejap je pon..1 malam..hehehe...ai ni pestime tau naik cameron.. :p

so ari jumaat lepas pas balik keje aku terus ke cameron...kul 530 la kiranya gerak dari opis aku ni..sampai kat tapah tu dah gelap gile..naik bukit yg berliku2 itu ya Allah takutnyeeeee..lampu satu batang pon tarak..huhu..scary2..hubby bawak slow sebab liku2 dia tu mmg mencabar sungguh...Alhamdulillah..sampai kat brinchang dah ok skit..lega rasa...line pon dah ade..kot x line xde aku dah pikir macam2 dah klu jadi pape org xtau..hahaha...sempat lg tuh..igt mati dlu..ekeke

so sampai kat brinchang tu dalam pukul 915pm..terus cari makan..kat tgh2 pekan tu ade cam medan selera..makanan kat situ mahal la..nasi goreng biase2 pon dah RM4.50..aku makan nasi goreng thai yg ade daging secebis dua tu pon RM5 tau..

ermm...cameron bg aku x berapa sejuk sgt..ala2 boleh la tahan lg..klu ko xpakai jaket pon boleh hidup lg..:p xde nye nak gigil2..itu aku la..xtau la kot aku ni kulit tebal sejuk pon x rasa..kehkeh

pas makan terus balik hotel tdooooo...

pagi2 morning lg bangun cari sarap patu terus p big red strawberry farm..syiokkkk..syiok giler petik strawberry..ala2 aku ni jakun sekejap..haha..

aku xpuas p cameron..sbb x semua tempat aku p..esok nya plak aku balik awal..kul 2 lebih dah turun..tp aku dah request kat hubby nak p lg..hubby kata ok..kami planning nnt bila balik dari kg baru nak singgah cameron..xsabo nye nak tggu lepas raya..boleh p lagik..aku sgt2 rindukan sayor2 kat sana...hehehe

so ape lg..jamu mata je lar ngan gamvar2 yg ade nih.. :)


penjual tomato :p

strawberry dia sedap..manis...of coz lar ade msam2 skit..aku rasa yg stoberi masam org selalu kata tu maybe sbb dah lama petik ko..kot lar kan.. sbb yg aku petik semua sedap2..isk..rindunya nak stoberi lgiiii



cari hal ngan aku..aku lempar ngan cactus ni..hahaha


aku beli sayor kat pasar sebelah equotorial hotel..aku xsempat p pasar malam





klu dah p ladang teh ofkos lar minum teh kan..sedap teh tarik dia


ok..tu saje..mesti p lagi sebab bantal stoberi n jagung bakar x dpt aritu..huhuhu

pasni cerita sebeday mak pulak..tggu la org lain updet dlu..baru aku gedek2..haha :p
Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers