26 Feb 2011

ilovebazaar

perlukah daku join bazaar ini?
hmm.....





9 jenis wanita yang ada di dalam neraka..Peringatan Buat Semua Muslimah

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.




Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.




3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

(copy from Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga)

25 Feb 2011

current hobby

My current hobby

gardening
reading
cooking
eating
and
sleeping.. ^_^

oh..i love that smiley..hehe

soon...

jahiting.. :P

but i still need another new hobby
Needs to be something exciting but not too expensive. Any ideas?

almost 3 years!


dah tak lama je lagi...sudah perlu memikirkan ape yang patut di buat dan juga di beli..hehe!
oh besday hubby juga bulan itu...huhu! present 2 in 1 ye? :)

24 Feb 2011

dah tak betul agaknya

sejak dua menjak ni dah nyanyuk sikit
conditioner rambut pi buat cuci muka
pencuci muka pi buat sabun badan..
syampu rambut pi buat sabun badan
rasa macam orang tak betul dah
ape yang ade dalam pikiran masa tu pon entah lah!
help!



Jemput-jemput ikan bilis

hello !

ai nak update aktiviti memasak ai petang semalam..kali ni menu minum petang jugak sebab hubby taknak makan malam sudey...

ai suka sangat makan jemput-jemput atau nama saintifik nya cekodok..jemput-jemput yang paling suka ade lah jemput-jemput jagung..sedap sangat...tapi hubby tak suka..jadi ai masak jemput-jemput ikan bilis sebab ai ape-ape je boleh makan...tak dek hal punye

resepi jemput-jemput ini gerenti sedap..ai amik resepi dari sini..ai memang suka amik resepi dari myresepi.com sebab ade gamvar dan kat sebelah resepi tu dia tunjuk komen sape yang dah buat..so kita tau la mana resepi yang sedap dan orang ramai cuba

resepi ni ai buat separuh je sebab almaklum la..2 orang je makan :)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis (yang ni ai blend rasa sedap lagi!)
sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar- hiris
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1-Campur semua bahan-bahan di atas.
2-Panaskan minyak. goreng!

ok bye!!~~

23 Feb 2011

21 Feb 2011

jemput-jemput kurma

Menu minum petang ai tadi ialah jemput-jemput kurma..ai pestime jugak wat jemput-jemput ini..pada mula nya ai nak buat jemput-jemput bilis tapi disebabkan ai malas nak keluar rumah beli en.bilis..jadi ai mengguna bahan-bahan di rumah dengan sebaik nya..syabas! tiada pembaziran :)

Bahan-bahan
6 biji kurma (dihiris halus)
5 biji kurma (dipotong dadu)
5 sudu besar tepung
1 camca besar tepung susu* optional(saje nak ngabis kan tepung susu)
1 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
gula secukup rasa** optional
air
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1-Gaul je semua tu patu jemput halus-halus dan goreng dengan api yg sederhana..jangan kuat sangat ye..cepat hangit

siap!!

gambar takde :(
sebab kamera tertinggal di suatu tempat..huhuhu...sekali ngan handphone and IC, bla bla bla...

ok bye :)

ngoblog


how many countries in the world!


berapa?


120?


bukan


160?


bukan


111


pon bukan


yeszaaaa...aku pon baru tau dari hubby..kihkih..192 okeh..

hubby berjaya menghafal 187 daripadanya..walaupon tak habis lagi...hehe..

itu nama nya orang takde koje..nak melayan bebudak takde..jadi melayan la map, world globe, wikipedia..

itu la keje dia kalau balik opis

family trip langkawi

ku gagahi buat entry pi langkawi jugak..

planning lama dah ni..dari awal bulan satu tak silap..tapi tak cukup semua adik beradik yang pi..kami 8 beradik..lagi 3 orang tak dapat pi..takpe..next time yea...

jadi mari kita cuci mata dengan gamvar-gamvar yang ade..alkisahnya malas nak buat entry panjang2..jadi mari kita campor aduk gambar

next trip insyaAllah kelantan terengganu..yeay! plan ujung tahun..tapi ujung tahun banjir daaaaa....kena plan lain..hubby plak cakap tahun depan kita pi china..lagi lah yeay!..

bape kali tahun depan aku pon taktau..tahun lepas dia kata tahun ni..tahun ni dia kata tahun depan..hehe

gamvar-gamvar yang ade harus lah byk gamvar ai kan..hihi

tempat-tempat yang kitorang pi

1-tanjung rhu
2-pantai chenang
3-galeri perdana
4-makan mahsuri
5-padang matsirat/beras terbakar
6-cable car
7-shoping @ kuah
8-pantai pasir hitam (pasir dia mmg hitam betul!)























18 Feb 2011

tiba masa bosan

sebenarnya nak buat entry pi langkawi..tapi takdak mood lagi nak buat entry panjang-panjang

sebenarnya dah start bosan duk umah..rasa macam err..apa nak buat arini ek..gitu..ada gak request nak kereta cabok..tapi belom di luluskan lagi..ya..mungkin si suami tahu bila ada kereta..maka si isteri tak lekat kat umah..hihi..

semalam terai lagi cakap kat hubby nak keje balik (walaupon keje tak dapat-dapat pon lagi)...pon belom di luluskan..ye..bagus azimah..aritu ko tergedik-gedik sangat taknak keje kan..sekarang bila nak keje sudah tidak diberi kelulusan..padan muka...

tp sebenarnya kan belom cukup sebulan lagi tak keje..kata tak nak keje 2/3 bulan..huh..memang cannot tahan kawe

ataupon untuk menghilang kan bosan..aku memerlukan satu hobby...apa kah hobby itu? masih lagi mencari-cari

nak menjahit..mesin takde..lagi pon..tak pandai menjahit pon..nak memasak..hubby tak makan pon menda merepek-repek..nak buat apa lagi? reading? haiyaaaa


16 Feb 2011

frust!

ade aritu pergi istana budaya teman kawan beli tiket
ternampak konsert maher zain april ni...excited! nak ajak hubby pergi

sekarang dah bulan 2 sesaja bukak ticket2u....mana tau tiket dah ade..tapi takde!

check program dia pon takde konsert maher zain..oh why?
lepas tu try bukak fesbuk istana budaya..cari info

dapat tau konsert tu telah di batal kan!huhu..takde rejeki..dan juga

selamat duet ku..hehe


10 Feb 2011

Gagal lagi masak memasak menggunakan yis

ello geng..

petang tadi ai membuat donut..resepi dia macam selalu orang duk buat tu jugak la..cuma ai buh tepung susu...sengah resepi buh susu pekat lah..susu segar lah kan..

motif membuat donut ade lah untuk mengabiskan tepung susu tersebut..tepung susu tu beli masa raya lepas sebab nak buat kuih tart kasih sayang..masih ingat kah...hehe..

malang nya apabila masak memasak menggunakan yis..memang gagal..donut tu taknak kembang elok..ntah lah kenapa

aritu buat pau 2 kali pon gagal jugak...haihhh...nasib badan takde jodoh dengan yis...

Donut di hidang kan bersama teh panas untuk minum petang suami tersayang..pakmi dah request banyak kali dah nak minum kopi...tapi malangnya kopi takde stock kat umah..jadiknya tunggu balik sungai petani sajokkk okeh!

bye




Kampung Grill

update lagi yea...semalam kemain lagi cakap kat pesbuk nak mkan mee bandung..tapi semalam tak pi makan pong.. :)

Dah la jarang-jarang nak makan luar..jadi pilihan bila nak makan luar tu kan..banyakkkk sangat..beribu-ribu lemon...western pon nak makan, subway pon nak, mee bandung pon nak..tapi akhirnya pegi western kat kuang..dekat jugak la dengan rumah..cepat jugak sampai rumah bila dah kekenyangan..hehe

kedai dia kecik aje..separuh dari kedai biasa..sebelah lagi adelah kedai dobi..tokey kedai makan ni ade jual barang-barang secondhand seperti stroller, car seat dan memacam lagi untuk bebudak..ni website dia

http://saudagar-kampong.blogspot.com/

rasa dia biasa2 saje..lamb chop dia agak banyak la jugak dia buh..macam aku makan fish n chips..biase je lar..seketul fish fillet dari pacific west tuh..aku pon boleh buat dowhhh..tau sangat la fish fillet dari pacific west tu sebab selalu beli brand hat tu...hubby tengok aku makan tak berapa best jadi dia offer lamb chop dia....baru la best nak makan..




tu je la..

bye!!~~

karipap jerawat batu

arini ai nak tunjuk karipap ai buat semalam untuk minum petang suami ai yang penat baru pulang dari tempat kerja..sungguh best kan..bila tak kerja itu la yang paling best..pegi kerja kita hantar..balik kerja kita sambut ngan air teh panas bersama karipap..Alhamdulillah..

tetapi arini ai pening nak buat kuih apa sebab dah 2 hari ai buat karipap..kalau ai buat lagi harini mahu muka laki ai pun macam karipap juga....

disini ai sertakan resepi karipap yang ai buat walaupon ai tahu ramai kawan2 ai di luar sana yang sangat sangat pandai dari ai buat karipap ni

masa buat 2 hari lepas ade jugak jerawat2 yang keluar..tapi kali ni ai tahu macam mana taknak bagi jerawat keluar...tapi kali ni karipap ai ade yang terbukak sikit..mungkin sebab ai tak cukup ketat mengepit karipap tersebut



BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP (boleh dapat dalam 15ketul)
tepung gandum 10 sudu besar
minyak masak 2 sudu besar
garam setengah sudu kecik
air suam secukupnya

CARA-CARA
1-gaul garam dengan minyak disatukan dan dijadikan macam serbuk roti
1-taruk air sikit-sikit sampai doh lembut

BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP

(boleh buat dalam 30biji lebih..ikut banyak mana buh dalam karipap tuh)
Ubi ketang 400gram (dipotong dadu)
bawang besar 2biji (dipotong dadu)
isi ayam/daging seketul besar penumbuk..hihi..lagi banyak lagi syokk (hiris kecik2)
rempah kari 2 sudu besar
cili kisar setengah sudu besar
bawang merah 3 ulas
bawang putih 2 ulas
kulit kayu manis sebatang
daun sup
gula, garam secukupnya

CARA-CARA
1-Tumis bawang merah, bawang putih dan kulit kayu manis
2-masukkan rempah kari..biar sehinggga pecah minyak
3-masukkan cili kisar..tumis
4-masukkan ayam,
5-masukkan ubi ketang dan bawang yang telah dipotong dadu
6-masukkan air sikit untuk biarkan ubi tu masak
7-masak sehingga ubi tu lembut..
8-masukkan gula dan garam
9-akhir sekali boleh masukkan daun sup..
10-siap!!

bye!!~~

9 Feb 2011

Rempeyek Giveaway


hikhik..kelako lak tengok tajuk..dah buat entry kena tag dari kak syida..kena tag 3 orang..jadi saya tag..

ina
kak lina
kak eja



8 Feb 2011

hantu kak limah balik rumah

ahad lepas dengan gigih nya mendonlod hantu kak limah dari website syok.org..

pestime donlod movie ni...sebelom ni tak pernah pun buat kerja terkutuk ni...di sebabkan ahad aritu dah bosan tahap melampau..maka bermula lah operasi terkutuk ni...satu hari gak la nak donlod sebab kena install itu ini...naik bosan aku...tapi sebaik ada hasil nya

dah siap donlod ape lagi.terus tengok...boleh tahan laaa...yang penting kalau tengok takde rasa bosan.ok la kan..

semalam try donlod guillivers travel...tapi gambar dalam panggung..hampeh je..arini nak try donlod 127 hours...kita tgk macam mana kualiti gambar dia pulak..

bye!! :)



7 Feb 2011

kek coklat kukus

ohh...rajin kan ai update arini...

kek coklat kukus ni pestime ai buat u..ai suka masak-masak sebenarnya..tapi masak2 bila ade kerajinan datang lah kan...kalau tidak..jangan harap lah...

ai suka masak semua jenis masakan..kek ke kuih ke masak2 lauk2 ke..boleh sajok..ai ni makan semua nya..laki ai je suka sangat pilih2 makan..mencik tau...

ok lah..ai nak tunjuk resepi and gambor kek yang ai buat tuh....uols jamu mata jer la ek...rasa dia???...sodap ler jugak untuk yang pestime buat macam ai ni...hehehe...

ai ikut resepi dari sajionline..resepi yang simple2 sajok..ai buat ni sebenarnya nak mengabis kan susu cair ai tu..nanti lama2 dia basi..dah membazir tu kan..tak elok tu yea...itu amalan syaitonnnnnn.....bahan2 dia suma dah ade dalam peti..jadi mari kita mulaaa

aku buat lebih kurang half je dari resepi ni..sebab umah aku ade telur sebijik jerk...aku hantam buh satu sajok..

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat --aku buh 1/2
1 cawan gula pasir --ni pon 1/2
1 cawan marjerin cair --ni pon 1/2
1 cawan susu cair --ni pon 1/2 cuma bagi lebih sikit ar..hehe..kate nak bagi habis tak gitu?
1/2 cawan susu pekat --ni aku ikut..hehe
1 1/4 cawan tepung gandum --aku buat secawan sajok
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat --ni aku tak boh sebab takde dalam peti..
3 biji telur (pukul) --ni aku buh sejibik..

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

hasil nya..


.
ok tu je..

bye!! :)

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers