30 Mar 2011

hai hai hai

Assalamualaikum..

takde menda nak update lately di tambah dengan minggu2 yang rasa nya quite bizi la jugak..ni sibuk nak siap kan assignment pulak..lepas tu nak exam..lepas tu nak balik kampung lepas tu nak itu lepas tu ini..memacam rasa yang nak kena buat..mak pon lama tak pi tengok...rindu emak ku...huhuhu....malam ni musti menyibuk sat pi umah mak..

last week balik kampung lagi..last 2 weeks kan balik perak sebab tok meninggal...tapi last week balik sebab pemaju yang buat rumah tu suruh datang check rumah..insyaAllah dalam masa terdekat ni dapat dah la kunci umah baru..weehuuu..tak sabo..plan nye siap bulan 6/7 sekali terawal la pulak..lari budget en.suami kata...

tapi yang tak best nya..banyak sangat crack masa pi check tu..memang la dia nak repair kan..tapi still tak syok gak tengok crack yang merata2..panjang2 plak tu..ade kat dinding kat siling..tingkat atas tingkat bawah pon banyak..

agaknya duk kalut siap awal2 kot jadi kualiti pon kureng sikit..orang pemaju tu cakap biasa la crack2 ni..erk..


22 Mar 2011

dapat jugak makan

semalam pi shah alam..ade orang beli swimming suit..hubby tak bagi pakai swimming suit tu sebab katanya ketat..so..let go je la..cam besa..selalu let go kat mudah ja..morah2 ja juai..janji ade orang lain boleh pakai dari tersimpan je kat stor tu

oh..kasut pon dah selamat orang beli..murah tu..check balik kat mudah takde orang jual RM150..RM200 ade la..tapi pikir malas nak simpan..letgo sajok..hubby kata paih ni nak jual ape lagi..hehe..ade jugak check kat stor tu kot ape2 boleh jual memang nak jual je...tapi dah takde...haha...

oh semalam jugak dapat duit terus ajak hubby..belanja dia makan..hehe..nampak sangat tak boleh pegang duit..huuuu...ape lagi..mencari mee bandung la..semalam tengahri lagi dah survey tempat..so jumpa mee bandung muar kat oasis 9 seksyen 9..Alhamdulillah..dapat jugak makan..walaupon tak sesedap kat muar sebab dia buh mee banyak sangat..nak hirup kuah dia pon tak dapat..mencik tau..suh hubby makan asam pedas claypot..tapi dia kenyang lagi so saya sorang je la makan..nyum2


cantik kan cawan dia..kenan sangat

21 Mar 2011

takde apdet

rasa macam lama tak bukak pc, blog, FB..last week memang minggu yang sibuk dan menyedihkan

Arwah tok meninggal dunia khamis petang, Al-Fatihah.

nasib baik tergerak hati nak ikut mak balik kampung, sempat juga tengok arwah pagi tu, kalau tak mesti terkilan sangat..

kesian sangat kat arwah tok sebab tangan dia bengkak sangat sampai biru..sakit sebab masuk ubat kimo..sedih bila teringat tangan tok macam tu.. :(

semoga rohnya berada di kalangan orang yang beriman..

15 Mar 2011

mee bandung muar


saya suka makan mee bandung..tapi bukan mee bandung yang biasa ni..tapi mee bandung muar..sedappp sangat..kedai kat muar yang rasanya paling sedap..so far...ialah depan sekolah sains..paling sedap antara 3 tempat yang penah pegi..

bulan depan nak pegi muar..boleh la makan lagi kat situ..boleh tak..tak sabar nak pi muar sebab nak makan mee bandung je..hihi..kalau kat sini selalu pi makan kat santai..sedap la jugak tapi ada rasa sos cili..still sedap tapi tak sesedap di muar

p/s : takde mende nak cite

12 Mar 2011

thank god i found you!

KENAPA PREMPUAN KENA BERKAHWIN DENGAN SEORANG ENGINEER

Artikel ini di ambil dari sini

saja nak share sini sebab macam menarik je sebab musabab nye..hehe..

AMARAN: Artikel ini bakal mengubah pendirian hidup anda dalam sekelip mata dan sekaligus akan menyebabkan anda berfikir 50 kali untuk mencari pasangan hidup yang ideal.Selain itu, artikel ini juga bakal mengundang rasa tidak puas hati dan marah dalam diri anda.Hanya orang yang betul-betul berani sahaja digalakkan membaca artikel ini.Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan menjadikan seorang Engineer sebagai pasangan hidup anda.

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

11 Mar 2011

double choco doughnut

buat petang tadi ngan adik kecik..tapi takde la tolong dia sangat pon..tolong goreng je..yang banyak tolong nya ialah tolong makan..hehe..tapi senang sangat buat nyer..

Bahan-bahan ( +- 20 biji )
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar (kitorang takde susu segar jadi ganti ngan susu pekat manis tapi tak buh gula dah)
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
kelapa kering/milo/nestum/cornflake secukupnya.(untuk salutan luar)

Cara-cara
1-Ayak tepung dan serbuk koko.
2-Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
3-Panaskan minyak dan jemput-jemput ke dalam minyak panas(macam buat cekodok)
4-Gorenglah sehingga masak.
5-Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. 6-Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
7-Kemudian cover pulak dengan kelapa kering/milo/cornflake/nestum
Siap

resepi boleh amik kat sini

10 Mar 2011

Lakse

IMG_7176[1]

saya suka sangat makan laksa jitra..dia ada manyak cawangan kat area damansara ade, shah alam dan juga kg melayu subang..kuah dia pekat..memang puas hati makan..murah pon murah…patu sebungkus boleh makan 2 orang sebab dia buh banyak..oh ye..dia ade jual cendol gak..cendol dia pon sedap..

dari ari senin teringin nak makan laksa..hubby cakap rabu baru boleh beli sebab dia ade meeting kat HQ..so semalam dia balik dia tapau 2 bungkus laksa..wuwuwu…puas makan..semalam makan dah sebungkus patu lagi satu makan tengahari tadi.

Alhamdulillah..lepas dah satu hajat…oh hubby..mau doyan plak…nyum2

let go kesut

IMG_7159

tepek sini plak…

nak let go kasut ku yang beli salah size..kasut ni beli kat UK mintak tolong kawan beli kan..lebih dari Rm250 tak silap..tapi nak let go RM150..kengkawan bleh la bagi RM130..hihi..size 4.5 (UK size) lebih kurang size 5/5.5 mesia tak silap..aku pulak pakai size 6 tapi gatal gi amik size tu aku pon tak paham..

masih cantik..muka depan kasut tu memang camtu sebab dia ala2 macam kain baldu sesikit..tapi cantik kasut ni..sayang nak jual sebenarnya..hubby pon tak bagi..(ade ke suh simpan) tapi kalau tak jual tak kan nak buat perhiasan kot..tak boleh nak pakai..

lagi satu sebab kerana aku berminat kasut lain..hehe..hubby dah bagi lampu ijo so..yabedabeduuu

pTBL1-7893746_alternate1_v275pTBL1-7893746v275

santek tak santek tak??

9 Mar 2011

muka plak

facial

lagi satu beli..RM24 sajok…

lupa nak bg link..

yg atas ni mydeal

yg td tu milkadeal..

disebab kan tempat dia kota damansara jadi aku tidak ragu2 lagi..both kota damansara..

tak penah lagi beli ni..pestime..takpe lah..kita coba dulu..penah baca pink stilettos beli..jadi terai je lar

sepa

spaa

murah kan..aku dah beli satu kupon..kalau sign in guna FB dpt less lagi RM5..so tadi beli RM31..morahnyee..huhu..

jom la beli..nak pi sorang macam tak best je..ade kawan baru best..kan kan..ina jom la…

8 Mar 2011

buah melaka

minum petang arini ai buat buah melaka...
tapi kale tak cantik sangat sebab menggunakan jus pandan bukan nya pewarna hijau..
kenapa ya orang panggil buah melaka tapi tidak buah perak mahupun buah kedah..
tapi rasa nya memang sedap!
resepi?
mudah sangat!


p/s : mentang2 camera dah dapat balik..rajin ler amiks gamvar

qi razali bersama yuna

baru tau sebab tadi tertengok FB qi razali..patu nampak orang komen macam dia couple ngan yuna..pastu bukak FB yuna nampak gambar qi ngan yuna..matching sangat..qi hensem!.suka tengok dia dalam destinasi budget..selamber je..patu suka noo dia ngan teh ais



ribena stoberi

tak abis2 kan ngan ribena stoberi aku..tapi serius sedap gila..hubby pon suka minum

dalam peti ais mesti nak simpan stok sebotol ribena stoberi..ngalah kan bebudak kadang tu..tapi dah suka kan..beli aje ler..


kalau sebelom ni duk angkut sebotol-sebotol sebab duk cari yang concentrate dia tu takde yang perisa stoberi...yang ade ribena yang original..kadang yang campo epal or lemon tu..tak sedap!

tapi semalam kebetulan pegi pasaraya kecik kat area rumah ni..tengok-tengok ade...terus capai..

ia memang sedap!

p/s : kualiti gambar yang kurang memuaskan kerana malas nak pakai flash..lagi selow nak upload kat blog nnt :)

7 Mar 2011

nak pahala lebih?

hubby : ma

eimma : yer

eimma : awat

eimma : napa

hubby : saja panggil nak nak bagi pahala..menyaut dapat pahala

eimma : erk

eimma : ya ya ya ya ya ya..

:P

boonga art shoes
















i want one

ade banyak lagi jenis..tapi jenis tu yang menarik minat dan rasa macam sesuai sikit la nak pakai ngan jeans..kang orang kata perasan umor belasan plak..

design dia ade yang comel2..boleh ke request nak corak paisley and polka dot..

4 Mar 2011

kesan-kesan sampingan

aktiviti sihat bersama suami yang boleh dikatakan tetiap malam adelah menonton wayang dalam rumah.feeling abis tutup suma lampu konon dalam panggung..tapi dalam panggung tak leh baring2..sini bantal toto suma cukup..hehe..cuma tv je tak besar

dalam banyak-banyak cerita aku tengok..cerita kat bawah ni bagi kesan sampingan yang paling mendalam..lepas tengok cerita tu...sebelom tido duk berpikir lagi sebab tak puas hati dia kena tangkap sebab bunuh orang tapi dia tak buat..pastu husband dia bersusah payah plan nak bawak lari dia dari penjara sebab husband dia tak boleh hidup tanpa isteri..pastu depa terpaksa jadi macam pelarian..kalau tak hidup depa perfect...kenapa mesti ade halangan...feeling habis tengok cerita tu...

pagi tadi terjaga kul 3 tak leh tido jugakkkk sebab pikir menda yang sama..aku pon tak paham azimah ni ape la yang dia banyak pikir sangat kan...rilek la..cerita ja...tu la..aku pon tak paham...napa aku bersusah payah pikir menda yang ntah apa-apa tu..ahhaha...mengong toi!

tapi cerita ni memang best pon...selalunya aku banyak download drama movies sebab pakmi dia suka cita camtu...ai? ape-ape pon boleh sajok :)


Russell Crowe and Elizabeth Banks make a nearly perfect combination for that movie and their talents are shown from the best possible side here. They play a married couple who got into the real trouble since the Elizabeth’s character is accused in the murder of her boss and locked in the prison. She tries to commit suicide and her husband understands that he must take her out by any chance. Besides actor play that is magnificent the audience enjoys unpredictable plot that is well written and keeps high tension whenever it is needed. The moral side of that film is also decent since it makes us think about good and evil and we all have to decide whenever we are going to do the same for our beloved ones.

p/s wa mau makan kfc sorang2 jap gi

3 Mar 2011

hape-hape haje

Assalamualaikum (baik arini kan bagi salam)

bila aku duk sesorang ni emo gila..pikir memacam..pikir ujian yang aku terima dari Allah membuat kan aku pikir kenapa mesti orang itu adalah aku?..Astaghfirullah...

hehe..tapi sebenarnya nak cerita lagi bab tak keje..takpueh hati lagi tuh..hehe

lepas berenti kerja memang gigih cari keje lain..bukak jobstreet tetiap hari..bila hubby nampak je mesti dia kata tak payah la cari keje..rilek rilek la dulu kat umah..tapi still...cari keje jugak..lepas lepas dari tu hubby nampak lagi aku cari keje sebab bukak jobstreet lagi kan..dia cakap lagi..takpayah cari keje duduk rumah dulu buat masa sekarang ni..tengok ade tak komitmen lain nanti..lepas-lepas tu baru pikir cari keje..pastu aku pon slow-slow tak bukak dah..tiba-tiba minat nak cari keje pon hilang..

maybe ade betul jugak la ape dia cakap..lagipun kalau tak keje..nak pegi mana-mana pon senang sikit..takde dah pikir tak boleh cuti sebab baru keje..dah la lately badan pon selalu je lomah!..tapi yang lagi tak best tak boleh bagi sumbangan kat mak..takkan nak mintak duit hubby nak bagi kat mak kot..sedih sekali part yang tuh..bila tetiap bulan itu adalah aktiviti wajib..tetiba bulan bulan akan datang tak boleh nak bagi lagi..serius sedih..rasa bersalah bila jumpa mak..tapi tau mak tak mintak pon semua tu.. :'(

itu cuma luahan perasaan ja..bukan aku nak tunjuk aku baik sangat..eh..baik eh..time kasih.. :p

sebenarnya tau..nak cari keje tu sebab nak ade duit sendiri..sebab dengan duit sendiri boleh beli ape yang aku nak..kalau tak keje mana nak dapat semua tu..ye memang hubby ade..tak kan semua nya nak mintak kat dia..nak beli mahal-mahal pon mesti tak sampai hati sebab dia keje penat-penat kita duk umah keje nak habis kan duit dia je..dia pon bukan gaji besar mana..ala-ala cukup makan plus dia banyak lagi tanggungan lain..

sekarang ni nak beli ape ape kena pikir 44kali..ni nak beli peanut butter skippy yg RM5.50 pon pikir 44kali..hahhaa..last-last tak tahan amik jugak...setelah seminggu berpikir..teringin punya pasal...tapi lepas tu aku makan sekali je..tu yang aku meluat tuh!..aku teringin time tu je bila dah dapat aku tak makan..tu namanya mengada ok..kalau dulu nak beli ape-ape main capai je..takde nak pikir banyak...

tapi bila duk sangat berjimat tu sampai sabun basuh baju pon aku jimat..tak main tuang je dalam mesin..ala kadar la ikut kepeluan..takde la aku nak buh satu sudu teh punya nak jimat kan..haha

tapi Alhamdulillah dengan apa yang ade..kena banyak belajar bersyukur..setiap orang ade rezeki masing-masing yang Allah dah bagi....kalau asyik nak tengok orang yang ade dekat atas memang tertekan lah jiwa raga kan..hehe

ok lah..

bye~

2 Mar 2011

kerja sekolah

hari isnin aku cakap nak buat kerja sekolah hari selasa

hari selasa aku cakap rabu je lah aku buat

tetiba hari ni aku rasa nak buat esok

amacam

ok kan cadangan aku

^_^

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers