17 Aug 2011

kagum kagum

sekarang ni kalau nak apdet blog sekali 2 entry ya uolss..kononnya takde masa noks..idokla takde masa langsung..bukak blogger kat browser hp tak bleh apdet dowh..kalau boleh apdet kan senang sambil2 nak tido boleh taip...

sekarang ni suka sangat tgk tvalhijrah..udah rupa tv kat arab pon ade..asyik orang arab je yang kuar..ate..kat tempat depa yang banyak program islamic pon ye dok...abis abis kat mesia ni dia buat cubaan yang akil hayy tu..hehe :p

ishhh..tapi dak dah...reflection tu dari mesia ape..ku ingat kan dari arab jugak sebelom ni..

sebenarnya aku kagum ngan program program yang ade dalam tv sekarang ni..kalau banyak pogram camni kan best..at least aku yang jahat ni boleh la kalau nak jadi baik sikit..

tengok imam suhaib tu...dalam program reflection..sebelom ni penganut kristian..bila masuk islam siap ajar kita maksud surah dalam alquran..kalau tanya aku kah maksud di sebalik perkataan yang ade dalam surah tu..kenapa ade wau kat situ..dah tentu tentu aku tak tau..malu noks..

ustaz Ng dalam studio muaallaf..siap ajar orang lain tentang islam..masyaAllah..hebatnya mereka!

aku yang islam ni dah 26tahun baru nak terkebil belajar lebih dalam tentang islam..pengetahuan dalam islam tu..rasanya sikit berbanding mereka...emm..tulah yang dikatakan tak bersyukur di lahirkan dalam islam..orang lain menunggu untuk dapat hidayah dari Allah untuk masuk islam..astagfirullahalazim..

sungguh jahil aku ini..sobsob..tapi insyaAllah..lepas2 ni nak jadi muslim yang lebih baik..nak ikut sunnah rasulullah..banyak dah program dalam tv cerita tentang peribadi rasulullah..seronok sebenarnya bila kita tengok..rasaya paling best sekali yang sebelom azan bukak pose kat tv alhijrah..itu best..dia cerita pon best..aku taktau tajuk cerita ape sebab bila tgk info dia macam tulis tadarus alquran ke ape ntah..xpon dia tulis azan maghrib..

tidak lah semata2 aku nak menunjuk aku ni baik sangat nengok cerita2 tu..CSI tetap di hati juge..hehe..cuma saja nak ajak orang lain nengok sama..sebab memang best

peace :)

16 Aug 2011

wello..

habuk bukan saja di rumah..juga di blog daku ini...dulu rajin la nak mengapdet..banyak masa terluang..(padahal kat twitter kemain lagi aku apdet status ye dok?).kat opis pulak kerja boleh tahan banyak...tambah pulak baru2 nak belajar buat accounts..so kerja tu agak slow sikit sebab banyak nak kena refer dulu..

oh..sekarang saya kerja buat accounts..padahal sebelom taktahu pon cemana kerja accounts tu..ape tu PnL? bank recon? depreciation? ape kah..itu semua memang takde dalam kamus kerja sebelom ni..tapi diberi peluang so grab saja..ilmu tu tak rugi kalau belajar kan kan..

sebelom ni memang aku ingat kerja kat acccounts department tu memang susah..muka derang selalu nampak macam garang..haha..maybe sebab tak dapat figure yang nak..hehehe..tapi bila dah belajar baru la tau cemana orang buat kerja accounts..not really susah..maybe untuk aku yang tak ramai customer..so quite easy nak handle..hewahhhhhhh...cakap besor napakkkk :p

tapi yang bestnya kat sini..dapat bos yang sabo mengajar..dan dan..hensshhemmm..mulut tak bau dah...hahaha...haihh..i lap u la bos..memang senang kerja ngan bos sekarang..alhamdulillah..hopefully sampai bebila la kan kan..jangan pulak sebulan lagi aku apdet entry bos tu mcam haprak pulak..hahaha..bukan boleh harap sangat aku nih

till then

bye

6 Aug 2011

cerita pasal lecka lecka

aku kan dah jadi peel suka apdet cerita yang dah basi..miahaha...layan je la

sebelom pose kot aku pi ni..makan pakai kupon la apa lagi..kalau kata nak pi sesaja..idok ler dapat kan..buleh tahan mahei jugok rege dia..yg kupon ni worth RM50 pon bukan de menda pon aku dapat makan..dapat sekerim 2 bekas, es blended, waffle n brownies...(xde mende ke?)

yang penting apa yang aku nak katakan kat sini lecka lecka adalah tak sedap eskem nye..tak sesedap Baskin robingggg...macam eskem kat kedai runcit je ku rasa kan..tapi bayor mahal...

dulu aku penah makan eskem kat bucket artisan ni..tapi yang ni memang sedap gilos..macam2 flava ada..cakap la buah ape ko nak..ada aja..



walaupon tak sedap aku PAKSA makan bagi abes gak la kan..sayang dowh..hihi


3 Aug 2011

mudahnya wanita mendapat pahala

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.”

Demikian maksud sepotong Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a.

Ramadan mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kita kepada fitrah, di samping peluang-peluang yang terbuka luas untuk kita, terutama kaum wanita mengaut pahala sebanyak-banyaknya.

Antara peluang-peluang besar bagi wanita untuk mengaut pahala di bulan puasa ialah:


1. Menguruskan berbuka puasa.

Tidak kira di mana dan apa bangsa sekalipun, sama ada di bandar atau di desa, rata-ratanya wanita yang menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga. Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):

"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang anda dapat jika anda menyediakan makanan berbuka untuk mereka. Ini termasuk hari-hari uzur anda di mana anda tetap mendapat pahala puasa. Seeloknya sediakanlah makanan itu sekurang-kurangnya buah kurma dan air dengan duit sendiri.

Pasti pahalanya berganda, pahala menyediakan dan pahalan infaq. Bagi wanita yang tidak ada pendapatan, mulalah menyimpan untuk infaq pada tahun hadapan jika panjang umur. Kalau umur tak panjangpun, insyaAllah akan diberi pahala juga kerana telah berniat. Namun demikian perlu juga diingatkan supaya kita tidak berlebih-lebihan dan elakan pembaziran di dalam menyedialkan juadah berbuka.



2. Mengajak dan Menyediakan Sahur.

Seringkali seorang ibu, iaitu seorang wanitalah yang mengejutkan ahli keluarga untuk bangun sahur. Bersahur adalah antara sunat-sunat puasa yang besar pahalanya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah." (HR Al-Bukhari & Muslim)

Dengan mengajak dan membantu orang lain berbuat perkara sunat, iaitu perkara yang baik kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya. Subhanallah.



3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir Ramadan.

Ramai di kalangan wanita yang berkesempatan ikut beriktikaf di masjid bersama suami. Namun lebih ramai yang tidak berpeluang kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Sungguhpun begitu, wanita tetap berpeluang untuk meraih pahala dengan berniat untuk turut serta jika ada peluang. Dan dengan menolong menyiapkan keperluan suami pergi beriktikaf dan dengan menjaga ahli keluarga di rumah, kaum wanita akan tetap berkongsi pahala dengannya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang" (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan?

Perkara-perkara di atas hanyalah merupakan sebahagian sahaja dari peluang merebut pahala yang ditawarkan di bulan Ramadhan. Ianya tidak termasuk amalan-amalan fardi yang dilakukan oleh wanita itu sendiri seperti puasa, tarawih, baca al-Quran, berdoa, berzikir, menghubungkan silatul-rahim dan lain-lain. Peluang yang begitu besar Allah swt tawarkan dan tiada alasan untuk kita tidak merebutnya.

Adapun syarat untuk kita mendapat ganjaran hebat itu adalah:

1. Beriman dan mentauhidkan Allah dengan semurni-murninya. Elakkan sebarang syirik yang nyata dan tidak nyata;

2. Ikhlaskan niat dengan setulus-tulusnya. Jangan mengharap ganjaran atau pujian manusia; dan

3. Betulkan amalan mengikut prinsip Syariat dengan selurus-lurusnya. Jauhkan bid'ah, ikut-ikutan atau beramal dalam kejahilan.

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers