7 Dec 2011

asalkan hatinya baik

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

sumber


aku dah tutup aurat cuma aku perlu berusaha untuk mempunyai hati yang baik..sungguh susah nak dapat hati yang baik ni kan..huhuhu T_TLink

6 Dec 2011

kemas baju

bila kemas baju

ade je baju yang takde

hilang tetiba

sangat pelik

macam mana baju tu boleh takde

sedang kan sebelom ni memang dia ada kat situ

jadi persoalan itu akan dituju kepada en.suami

"abg..nampak dak baju ma gini gini..pelik la takdak.."

"haaa..biasa lah kalau baju takda/hilang tu..nak pelik apa"

hehe

5 Dec 2011

saat paling bahagia

Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “

Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “

Si Isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”


Sumber:

3 Dec 2011

cinta kerana Allah

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Sumber

21 Nov 2011

bertukar!

seronoknya dapat tukar FB baru...dalam senarai cuma famili je..Fb mesti kena ade juga..camne nak tau perkembangan terkini adik badik..cuma takde la senarai kawan2...aku rasa orang pun tak kisah aku takde dalam senarai diorang..

balik kepada cerita diri sendiri..sekarang ni kalut duk cari apartment..serius aku tak larat nak kemas umah 2 tingkat...memang pemalas betul....kalau apartment tu kecik sikit..nak kemas pun takde la aku nak hangkut naik atas turun bawah mop/penyapu ke kan..lagipun kami duduk berdua je...kalau ade anak pun sorang 2 insyaAllah boleh lagi...kalau ramai sok itu kita pikir lain ye..masalahnya aku sorang pun takdek lagi ha..cane tu..

aku tak sabar jugak sebenarnya nak cari apartment sebab nak hias umah sendiri dengan taste sendiri..umah kat SP aku tak banyak bersuara bab2 nak pilih brg2..so kali ni kuasa veto nak menentukan barang2 dalam rumah tu ialah aku..hah hah hah gelak jahat..


sekian sahaja laporan harini
Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers