10 Feb 2011

karipap jerawat batu

arini ai nak tunjuk karipap ai buat semalam untuk minum petang suami ai yang penat baru pulang dari tempat kerja..sungguh best kan..bila tak kerja itu la yang paling best..pegi kerja kita hantar..balik kerja kita sambut ngan air teh panas bersama karipap..Alhamdulillah..

tetapi arini ai pening nak buat kuih apa sebab dah 2 hari ai buat karipap..kalau ai buat lagi harini mahu muka laki ai pun macam karipap juga....

disini ai sertakan resepi karipap yang ai buat walaupon ai tahu ramai kawan2 ai di luar sana yang sangat sangat pandai dari ai buat karipap ni

masa buat 2 hari lepas ade jugak jerawat2 yang keluar..tapi kali ni ai tahu macam mana taknak bagi jerawat keluar...tapi kali ni karipap ai ade yang terbukak sikit..mungkin sebab ai tak cukup ketat mengepit karipap tersebut



BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP (boleh dapat dalam 15ketul)
tepung gandum 10 sudu besar
minyak masak 2 sudu besar
garam setengah sudu kecik
air suam secukupnya

CARA-CARA
1-gaul garam dengan minyak disatukan dan dijadikan macam serbuk roti
1-taruk air sikit-sikit sampai doh lembut

BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP

(boleh buat dalam 30biji lebih..ikut banyak mana buh dalam karipap tuh)
Ubi ketang 400gram (dipotong dadu)
bawang besar 2biji (dipotong dadu)
isi ayam/daging seketul besar penumbuk..hihi..lagi banyak lagi syokk (hiris kecik2)
rempah kari 2 sudu besar
cili kisar setengah sudu besar
bawang merah 3 ulas
bawang putih 2 ulas
kulit kayu manis sebatang
daun sup
gula, garam secukupnya

CARA-CARA
1-Tumis bawang merah, bawang putih dan kulit kayu manis
2-masukkan rempah kari..biar sehinggga pecah minyak
3-masukkan cili kisar..tumis
4-masukkan ayam,
5-masukkan ubi ketang dan bawang yang telah dipotong dadu
6-masukkan air sikit untuk biarkan ubi tu masak
7-masak sehingga ubi tu lembut..
8-masukkan gula dan garam
9-akhir sekali boleh masukkan daun sup..
10-siap!!

bye!!~~

9 Feb 2011

Rempeyek Giveaway


hikhik..kelako lak tengok tajuk..dah buat entry kena tag dari kak syida..kena tag 3 orang..jadi saya tag..

ina
kak lina
kak eja



8 Feb 2011

hantu kak limah balik rumah

ahad lepas dengan gigih nya mendonlod hantu kak limah dari website syok.org..

pestime donlod movie ni...sebelom ni tak pernah pun buat kerja terkutuk ni...di sebabkan ahad aritu dah bosan tahap melampau..maka bermula lah operasi terkutuk ni...satu hari gak la nak donlod sebab kena install itu ini...naik bosan aku...tapi sebaik ada hasil nya

dah siap donlod ape lagi.terus tengok...boleh tahan laaa...yang penting kalau tengok takde rasa bosan.ok la kan..

semalam try donlod guillivers travel...tapi gambar dalam panggung..hampeh je..arini nak try donlod 127 hours...kita tgk macam mana kualiti gambar dia pulak..

bye!! :)



7 Feb 2011

kek coklat kukus

ohh...rajin kan ai update arini...

kek coklat kukus ni pestime ai buat u..ai suka masak-masak sebenarnya..tapi masak2 bila ade kerajinan datang lah kan...kalau tidak..jangan harap lah...

ai suka masak semua jenis masakan..kek ke kuih ke masak2 lauk2 ke..boleh sajok..ai ni makan semua nya..laki ai je suka sangat pilih2 makan..mencik tau...

ok lah..ai nak tunjuk resepi and gambor kek yang ai buat tuh....uols jamu mata jer la ek...rasa dia???...sodap ler jugak untuk yang pestime buat macam ai ni...hehehe...

ai ikut resepi dari sajionline..resepi yang simple2 sajok..ai buat ni sebenarnya nak mengabis kan susu cair ai tu..nanti lama2 dia basi..dah membazir tu kan..tak elok tu yea...itu amalan syaitonnnnnn.....bahan2 dia suma dah ade dalam peti..jadi mari kita mulaaa

aku buat lebih kurang half je dari resepi ni..sebab umah aku ade telur sebijik jerk...aku hantam buh satu sajok..

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat --aku buh 1/2
1 cawan gula pasir --ni pon 1/2
1 cawan marjerin cair --ni pon 1/2
1 cawan susu cair --ni pon 1/2 cuma bagi lebih sikit ar..hehe..kate nak bagi habis tak gitu?
1/2 cawan susu pekat --ni aku ikut..hehe
1 1/4 cawan tepung gandum --aku buat secawan sajok
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat --ni aku tak boh sebab takde dalam peti..
3 biji telur (pukul) --ni aku buh sejibik..

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

hasil nya..


.
ok tu je..

bye!! :)

air terjun kanching, rawang

pada hari jumaat lepas yang mulia tu..pagi-pagi macam biasa hubby sekarang ni dia ade hobby baru bawak beskal...beskal yang sepatutnya aku bawak gi keje tu la dia balun..

semasa dia pegi mengexercise untuk menbuang lemak2 terkumpul sekian lama tuh...aku kat umah mensearch air terjun yang terdekat..search punya search terjumpa air terjun kanching kat rawang...aku pon memula kan sesi goda menggoda...akhirnya hubby nak bawak..then dia suruh ajak mak aku ngan adik aku ngan kakak2 aku sekali ngan anak buah aku...katanya lagi ramai lagi meriah bak kate omputih the more the merrier lah kan...nak jugak...

sampai saje sana aku rasa macam aku pelancong di negara sendiri kerana ramai bebenor pendatang asing..seperti..indon..vietnam dan sebagainya...(aku agak2 je derang dari mana)...

tapi aku tak mandi di bahagian bawah..aku pegi naik atas sikit mandi..geli dowh...sebab kat tempat kami duduk tu..atas kami ramaiiiiiiiiiii sangat orang...ni lah kekurangan mandi air terjun...








motifff??...hubby yg amik..




Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers