arini ai nak tunjuk karipap ai buat semalam untuk minum petang suami ai yang penat baru pulang dari tempat kerja..sungguh best kan..bila tak kerja itu la yang paling best..pegi kerja kita hantar..balik kerja kita sambut ngan air teh panas bersama karipap..Alhamdulillah..
tetapi arini ai pening nak buat kuih apa sebab dah 2 hari ai buat karipap..kalau ai buat lagi harini mahu muka laki ai pun macam karipap juga....
disini ai sertakan resepi karipap yang ai buat walaupon ai tahu ramai kawan2 ai di luar sana yang sangat sangat pandai dari ai buat karipap ni
masa buat 2 hari lepas ade jugak jerawat2 yang keluar..tapi kali ni ai tahu macam mana taknak bagi jerawat keluar...tapi kali ni karipap ai ade yang terbukak sikit..mungkin sebab ai tak cukup ketat mengepit karipap tersebut
BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP (boleh dapat dalam 15ketul)
tepung gandum 10 sudu besar
minyak masak 2 sudu besar
garam setengah sudu kecik
air suam secukupnya
CARA-CARA1-gaul garam dengan minyak disatukan dan dijadikan macam serbuk roti
1-taruk air sikit-sikit sampai doh lembut
BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP(boleh buat dalam 30biji lebih..ikut banyak mana buh dalam karipap tuh)
Ubi ketang 400gram (dipotong dadu)
bawang besar 2biji (dipotong dadu)
isi ayam/daging seketul besar penumbuk..hihi..lagi banyak lagi syokk (hiris kecik2)
rempah kari 2 sudu besar
cili kisar setengah sudu besar
bawang merah 3 ulas
bawang putih 2 ulas
kulit kayu manis sebatang
daun sup
gula, garam secukupnya
CARA-CARA
1-Tumis bawang merah, bawang putih dan kulit kayu manis
2-masukkan rempah kari..biar sehinggga pecah minyak
3-masukkan cili kisar..tumis
4-masukkan ayam,
5-masukkan ubi ketang dan bawang yang telah dipotong dadu
6-masukkan air sikit untuk biarkan ubi tu masak
7-masak sehingga ubi tu lembut..
8-masukkan gula dan garam
9-akhir sekali boleh masukkan daun sup..
10-siap!!
bye!!~~