12 Mar 2011
thank god i found you!
Artikel ini di ambil dari sini
saja nak share sini sebab macam menarik je sebab musabab nye..hehe..
AMARAN: Artikel ini bakal mengubah pendirian hidup anda dalam sekelip mata dan sekaligus akan menyebabkan anda berfikir 50 kali untuk mencari pasangan hidup yang ideal.Selain itu, artikel ini juga bakal mengundang rasa tidak puas hati dan marah dalam diri anda.Hanya orang yang betul-betul berani sahaja digalakkan membaca artikel ini.Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan menjadikan seorang Engineer sebagai pasangan hidup anda.
Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.
1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital
2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital
Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.
3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat
Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.
25 Feb 2011
almost 3 years!
21 Feb 2011
how many countries in the world!

berapa?
120?
bukan
160?
bukan
111
pon bukan
yeszaaaa...aku pon baru tau dari hubby..kihkih..192 okeh..
hubby berjaya menghafal 187 daripadanya..walaupon tak habis lagi...hehe..
itu nama nya orang takde koje..nak melayan bebudak takde..jadi melayan la map, world globe, wikipedia..
itu la keje dia kalau balik opis
20 Jan 2011
kantoi!
pagi td hubby sembang ngan jiran sebelah..pastu bila dia masuk umah dia cakap kat aku
“hah…pi keja x pakai helmet..”
aku pon ngan muka x bersalah tersenyum2 macam kerang busuk..
rupanya jiran aku pesan kat dia
“hg suruh bini hg pakai helmet..polis sini suka kacau..tambah klu perempuan”
hubby pertahan kan aku..cewahhh..
“eh dak aih… dia pakai”
huhu..mati2 dia ingat aku pakai…ampun bang…1st day je pakai..helmet tu ketat…salah kan helmet ye kawan2
jiran sambung
“pakai apa..aku tgk dia bawak moto semalam x pakai”
hikhik…kantoi
jiran siap cakap..
“aku tgk muka dia happy ja”
kahkahkah…
19 Jan 2011
cerita sedih
2 Jan 2011
Nasi Lemak Teh O
Lets talk about food!
Minggu lepas ari khamis aku dah janji ngan kawan nak buat nasi lemak..kesian sangat..x buat pon aritu.…sebab musabab adalah malas…xde sape boleh tolong..lepas tu jumaat pagi2 lagi aku buat nasi lemak..saje ngetest tengok jadi dan sedap dak..hubby cakap sedap..syiok..rasa nak masak lagi…pagi td aku buat lagi nasi lemak..hubby cakap..ok la..aritu sedap lagi..well..aku mmg masak x konsisten..arini sedap lusa xsedap tulat langsung xsedap..hehehe…
esok memang confirm nak buat utk dak-dak opis lak…
pastu nanti PIL, SIL nak mai KL bulan ni jenguk baby adik ipar aku bila dia dah bersalin nanti..pon nak buat nasi lemak jugak…hehe..senang bagnet dong buang nasi lemak…
19 Sept 2010
Raya 2010
aku xde gambar raye ngan hubby..kesian kan..rasa nak nangis guling2 sebab xde...xtau nak suh sape tangkap..cam pelik sekejap xde gambar raya berdua..rasa macam x complete larrr raya aku..sedih sgt..huhuhu

11 Jun 2010
campo2
1-selimut
2-tuala lap muka
3-kain lap kaki
4-kain lap dapor
mmg berbulu aku tgk mesin tu..dia nak kosong kan bakul kat tepi mesin..sekali di basuhnya camtu..haku sgt geram sbb bulu kain lap kaki itu keluar dgn byknye...abis selimut2 berbulu.....aiyohhhhh..abg abg...
4 May 2010
3 Feb 2010
2nd year 2nd honeymoon
tp bila pikir2 balik...orang lain mencari2 nak meniaga apa..aku ni plak...peluang dah ade xmo guna kan plak...rugi kan..so igt nak buat je la selow2...huhuhu....
*********************************
yihaaa...arini nak g honeymoon..ecewahhhh...harap2 semuanya berjalan ngan lancar...kereta dah book..hotel pon dah book..tggl nak terbang ja lg..mana tempat nak p nnt pon dah dikaji..wahhh...merata aku nak merayau ni..ntah sempat ke ntah tidak.....
Alhamdulillah...tercapai jugak hasrat nak honeymoon kat kundasang nun....huhu...harap2 semua nya berjalan ngan lancar seperti yg aku rancang...
bak kata kak mahani opismate aku ni..mana la tau balik ni uwekkk uweekkkk...haha...mencik tau statement tu.....