4 Mar 2011

kesan-kesan sampingan

aktiviti sihat bersama suami yang boleh dikatakan tetiap malam adelah menonton wayang dalam rumah.feeling abis tutup suma lampu konon dalam panggung..tapi dalam panggung tak leh baring2..sini bantal toto suma cukup..hehe..cuma tv je tak besar

dalam banyak-banyak cerita aku tengok..cerita kat bawah ni bagi kesan sampingan yang paling mendalam..lepas tengok cerita tu...sebelom tido duk berpikir lagi sebab tak puas hati dia kena tangkap sebab bunuh orang tapi dia tak buat..pastu husband dia bersusah payah plan nak bawak lari dia dari penjara sebab husband dia tak boleh hidup tanpa isteri..pastu depa terpaksa jadi macam pelarian..kalau tak hidup depa perfect...kenapa mesti ade halangan...feeling habis tengok cerita tu...

pagi tadi terjaga kul 3 tak leh tido jugakkkk sebab pikir menda yang sama..aku pon tak paham azimah ni ape la yang dia banyak pikir sangat kan...rilek la..cerita ja...tu la..aku pon tak paham...napa aku bersusah payah pikir menda yang ntah apa-apa tu..ahhaha...mengong toi!

tapi cerita ni memang best pon...selalunya aku banyak download drama movies sebab pakmi dia suka cita camtu...ai? ape-ape pon boleh sajok :)


Russell Crowe and Elizabeth Banks make a nearly perfect combination for that movie and their talents are shown from the best possible side here. They play a married couple who got into the real trouble since the Elizabeth’s character is accused in the murder of her boss and locked in the prison. She tries to commit suicide and her husband understands that he must take her out by any chance. Besides actor play that is magnificent the audience enjoys unpredictable plot that is well written and keeps high tension whenever it is needed. The moral side of that film is also decent since it makes us think about good and evil and we all have to decide whenever we are going to do the same for our beloved ones.

p/s wa mau makan kfc sorang2 jap gi

3 Mar 2011

hape-hape haje

Assalamualaikum (baik arini kan bagi salam)

bila aku duk sesorang ni emo gila..pikir memacam..pikir ujian yang aku terima dari Allah membuat kan aku pikir kenapa mesti orang itu adalah aku?..Astaghfirullah...

hehe..tapi sebenarnya nak cerita lagi bab tak keje..takpueh hati lagi tuh..hehe

lepas berenti kerja memang gigih cari keje lain..bukak jobstreet tetiap hari..bila hubby nampak je mesti dia kata tak payah la cari keje..rilek rilek la dulu kat umah..tapi still...cari keje jugak..lepas lepas dari tu hubby nampak lagi aku cari keje sebab bukak jobstreet lagi kan..dia cakap lagi..takpayah cari keje duduk rumah dulu buat masa sekarang ni..tengok ade tak komitmen lain nanti..lepas-lepas tu baru pikir cari keje..pastu aku pon slow-slow tak bukak dah..tiba-tiba minat nak cari keje pon hilang..

maybe ade betul jugak la ape dia cakap..lagipun kalau tak keje..nak pegi mana-mana pon senang sikit..takde dah pikir tak boleh cuti sebab baru keje..dah la lately badan pon selalu je lomah!..tapi yang lagi tak best tak boleh bagi sumbangan kat mak..takkan nak mintak duit hubby nak bagi kat mak kot..sedih sekali part yang tuh..bila tetiap bulan itu adalah aktiviti wajib..tetiba bulan bulan akan datang tak boleh nak bagi lagi..serius sedih..rasa bersalah bila jumpa mak..tapi tau mak tak mintak pon semua tu.. :'(

itu cuma luahan perasaan ja..bukan aku nak tunjuk aku baik sangat..eh..baik eh..time kasih.. :p

sebenarnya tau..nak cari keje tu sebab nak ade duit sendiri..sebab dengan duit sendiri boleh beli ape yang aku nak..kalau tak keje mana nak dapat semua tu..ye memang hubby ade..tak kan semua nya nak mintak kat dia..nak beli mahal-mahal pon mesti tak sampai hati sebab dia keje penat-penat kita duk umah keje nak habis kan duit dia je..dia pon bukan gaji besar mana..ala-ala cukup makan plus dia banyak lagi tanggungan lain..

sekarang ni nak beli ape ape kena pikir 44kali..ni nak beli peanut butter skippy yg RM5.50 pon pikir 44kali..hahhaa..last-last tak tahan amik jugak...setelah seminggu berpikir..teringin punya pasal...tapi lepas tu aku makan sekali je..tu yang aku meluat tuh!..aku teringin time tu je bila dah dapat aku tak makan..tu namanya mengada ok..kalau dulu nak beli ape-ape main capai je..takde nak pikir banyak...

tapi bila duk sangat berjimat tu sampai sabun basuh baju pon aku jimat..tak main tuang je dalam mesin..ala kadar la ikut kepeluan..takde la aku nak buh satu sudu teh punya nak jimat kan..haha

tapi Alhamdulillah dengan apa yang ade..kena banyak belajar bersyukur..setiap orang ade rezeki masing-masing yang Allah dah bagi....kalau asyik nak tengok orang yang ade dekat atas memang tertekan lah jiwa raga kan..hehe

ok lah..

bye~

2 Mar 2011

kerja sekolah

hari isnin aku cakap nak buat kerja sekolah hari selasa

hari selasa aku cakap rabu je lah aku buat

tetiba hari ni aku rasa nak buat esok

amacam

ok kan cadangan aku

^_^

26 Feb 2011

ilovebazaar

perlukah daku join bazaar ini?
hmm.....





9 jenis wanita yang ada di dalam neraka..Peringatan Buat Semua Muslimah

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.




Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.




3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

(copy from Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga)

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers