26 Apr 2011

barang dagangan..:p

kipas angin Rm35..i loikeeeee...abaikan lemari yg bersepah tu


bantal beso..i loike jugak :p


ini pulak nak tnjuk hasil dari pokok cabai..hasil yg pertama..hehe..tu pon mak dah bg pokok yg dah besar...nak tunggu aku tanam kah..memang takmo naik ler dia

20 Apr 2011

jalan2 Johor-Melaka part 3

wahhhhh...banyak part eh..tu kira tak de idea sangat dah nak apdet tu sebenarnya..

ok lah..lepas pegi rengit kitorang pegi kulai dulu..aku silap cita masa part 1..hihi..abaikan eh..balik dari kulai tu baru pi singgah kat tropical village..tengok dari luar je la..nak masuk ujan kan time tu..sempat amik gambar bape kena bayar kalau nak masuk tu..




lepas tropical village kitorang gi ayer hitam plak...kat ayer hitam tu lah beli bantal and patung barney kat annur...lepas ayer hitam sebelom balik melaka balik..baru lah kami makan nasi beriani mohd shah..katanya nasi beriani yang sultan johor selalu makan..ntah betul atau tidak xtahu lah aku..orang cakap ek..

aku nak makan beriani kambing..tapi dah abis..tak berapa kick la makan ayam..tapi makan jugak lah dah sampai..rugi ohh tak makan..hehe...boleh la rasa dia...hubby kata suka nasi arab lagi..


lepas tu balik melaka...sampai dalam kul 8 lebih jugak..dah letih tak pi pon pit stop bistro tu..esok pagi2 tu kitorang bekpes kat area umah ina je..pastu terus balik sg buloh...nak pi class plak lepas tu...SIL aku mereka sambung jalan-jalan melaka lagi..aku tak pi join sebab aku ade class...

tu je lah..abis dah cita aku...

babai

19 Apr 2011

jalan2 Johor-Melaka part 2 - Rengit

walaupon sebenarnya tak ramai yang baca kan..tapi takpe lah..bukan aku tulis nak bagi orang baca sangat kan..aku tulis sebab..aku la..hehehe

ok ape lagi..sambung la part 2 kan.

part ni aku nak syer gambar yang kat rengit dulu...gambar2 kat ayer hitam tak sempat nak amik...kadang-kadang aku pikir nape la aku tak amik gambar kat ayer hitam tu..kompius jap..

tunjuk gambar tuan punya blog..yg ni kat umah sedara SIL kat Kulai...(budget lama x enterprem)



1st kedai kitorang pi bila dah sampai...kat sini la SIL kepada SIL aku..haha..paham x?tak kisah la...tapi point dia nak bgtau dia amik stroller kat sini RM50...morah ku rasakan memandangkan stroller masih elok...



kawasan dia ni mcam umah setinggan pon ade gak...umah2 papan tepi jalan je dia buat...tapi memang banyak la kedai2 situ...



tongkat kaki pon ade...tu aku cakap segala mak nenek ade situ



sinki pon ade tu ha..tu belom tengok pintu2 rumah lagi...tu pon depa ade jual...



bila masuk dalam sikit ade nampak depa buat kedai elok sikit..mungkin cadangan depa nak pindah ke kawasan yang elok sikit kot..aku tak pasti yang kedai banyak2 tutup tu sebab takde orang lagi ataupon kedai dia tak bukak...lagipon masa kami sampai tu awal lagi..belom kul 12 kot.selalunya depa bukak lewat sikit...1/2 ptg camtu kot



situ pon banyak orang jual perabot jati..ade orang cakap perabot jati situ elok2...tapi sape nak angkot jauh2 tu kan...



tu je la kisah rengit dulu...nanti kita sambung part makan nasi beriani...fuhhh...

18 Apr 2011

24 Peringatan Buat Wanita

bila baca sampai habis rasa macam..ya Allah...banyaknya kekuranganku..oh suami ku..huhuhu

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


Tips Cinta ini telah di sampaikan oleh saudari Puteri Ardini di Forum Tentang Cinta.

jalan2 Johor-Melaka part 1

dah lama x tulis dah tak tau nak start camne dah ayat..

jumaat malam kul 8 camtu gerak dari umah pegi damansara perdana mintak tolong kawan anta assignment sebba plan nya nak tuang ahad tuh..so bg sesiap kat dia..then terus gerak ke melaka...melaka ujan aritu...dalam kul 11 camtu sampai umah ina..lambat sebab jem kat kelana jaya...planning nak makan kat pit stop kat pengkalan malam tu..tapi di sebabkan ujan lebat..so terpaksa la kansel..pit stop bistro tu lecturer yg kata sedap...kawasan kampung je tapi harga boleh tahan

pagi sabtu tu plak aku pi muar berjumpa ngan SIL kat sana..dari Muar aku ngan famili SIL terus pi ke kulai untuk pi umah sedara suami SIL..i.e biras aku ler kan...

balik dari umah sedara biras aku kitorang pi rengit...rengit tu kawasan orang asli yang jual barangan terpakai..memang banyakkkkk sangat kedai dan barang2 derang...cakap la ape...segala mak nenek ade..stroller, baby car seat, basikal TV peti ais oven microwave kasut bag luggage..basikal satu tayar tu pon ade..gitar pon ade...macam2...tapi semua sekehen la kan..aku sempat rembat kipas angin yang rendah tu...Rm35 je..memula aku nak amik luggage..rupa dah cantik dah tgk tayar macam ade rosak sikit...kalau amik sekali ngan luggage dia bagi Rm30 je kipas tu..kipas tu aku mmg puas hati la sebab kipas tu muka dia besar walaupon yang hat jenis rendah...dekat2 seratus ape kalau kat luar..brand philips..nanti aku tunjuk gambar kipas tu..

lepas tu kami plan nak pi tropical village berdekatan ngan machap...tropical village tu ade banyak monumen dari seluruh dunia termasuk 7 keajaiban dunia...great wall of China, pisa tower, eiffel tower dan macam2 lagi..kat situ ade jugak pokok yang hampir nak pupus dan juga pelbagai pokok buah-buahan..aku budget memang menarik la situ..hubby la cadang nak pi situ..dia tengok blog sape ntah...tapi bila sampai sana hujan..terpaksa la kansel masuk dalam..masuk kena bayar...nak jalan2 ape kat dalam tu hujan kan..bukan tempat tertutup tempat dia..tak kan nak bergambar dalam hujan kot kan?tapi rasa macam terkilan la tak dapat masuk..huhuhu..takde rejeki...walaupon sebelom sampai tu kami dah agak macam mesti hujan kat sana..tapi pegi jugak la lalu tengok macam mana...dah tau tempat lenkali nak pi senang sikit..

lepas tu kami pi ayer hitam..ayer hitam ni ala2 macam padang besaq aku rasa..besar jugak kawasan dia..macam2 jual, bantal, buah-buahan, pasu, brg2 doorgift nak kawen pon ade...tapi aku rasa yang ramai orang kata glemer nye ayer hitam ni sebab pasu tinggi tu kan?..yang buat perhiasan kat dalam umah tu..SIL aku ade beli 2..satu RM29.90..aku pulak rembat bantal besar buat lepak2 depan TV..sebijik RM19.9o0...puas hati bantal tu sebab besar...kat ikea yang kecik pon dah RM15..aku rembat 2 biji dalam takde duit tu..hihihi..nanti aku snap gambar jugak tnjuk keh..

errrr...ade ke orang baca blog aku nih..haha...udah pindah merata2 dah...hehe

dalam banyak2 kedai kat ayer hitam tu aku sempat pi 2 kedai je sebab anak buah udah berak..so nak kena pi cuci..ok la..janji dah pi..kalau rasa tak puas jalan nanti boleh ajak hubby lain kali...ingat nak bawak mak pulak..tunggu la keja ade duit sikit..boleh la bawak..mudah-mudahan kan...

lepas pi ayer hitam tu...kita akan bersambung keh..kang korang bosan baca panjang2..hihi...

errrrr...ade ke orang baca neh?hihihi


12 Apr 2011

saya kembali..

cewahhh..

memula nak tukar ke wordpress..alaaa wordpress x cantik template dia..ahak...

jadi terPAKSA la duduk kat blogspot ni jugak..

hihihi


1 Apr 2011

jambu batu

jambu batu itu sedap tahu?

jambu batu dan oren

jambu batu lagi kaya dengan vitamin c

maka nya

kalau nak kaya dengan vitamin C

makan lah jambu batu jangan makan oren..hehe

ok?

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers