15 Mar 2011

mee bandung muar


saya suka makan mee bandung..tapi bukan mee bandung yang biasa ni..tapi mee bandung muar..sedappp sangat..kedai kat muar yang rasanya paling sedap..so far...ialah depan sekolah sains..paling sedap antara 3 tempat yang penah pegi..

bulan depan nak pegi muar..boleh la makan lagi kat situ..boleh tak..tak sabar nak pi muar sebab nak makan mee bandung je..hihi..kalau kat sini selalu pi makan kat santai..sedap la jugak tapi ada rasa sos cili..still sedap tapi tak sesedap di muar

p/s : takde mende nak cite

12 Mar 2011

thank god i found you!

KENAPA PREMPUAN KENA BERKAHWIN DENGAN SEORANG ENGINEER

Artikel ini di ambil dari sini

saja nak share sini sebab macam menarik je sebab musabab nye..hehe..

AMARAN: Artikel ini bakal mengubah pendirian hidup anda dalam sekelip mata dan sekaligus akan menyebabkan anda berfikir 50 kali untuk mencari pasangan hidup yang ideal.Selain itu, artikel ini juga bakal mengundang rasa tidak puas hati dan marah dalam diri anda.Hanya orang yang betul-betul berani sahaja digalakkan membaca artikel ini.Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan menjadikan seorang Engineer sebagai pasangan hidup anda.

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

11 Mar 2011

double choco doughnut

buat petang tadi ngan adik kecik..tapi takde la tolong dia sangat pon..tolong goreng je..yang banyak tolong nya ialah tolong makan..hehe..tapi senang sangat buat nyer..

Bahan-bahan ( +- 20 biji )
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar (kitorang takde susu segar jadi ganti ngan susu pekat manis tapi tak buh gula dah)
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
kelapa kering/milo/nestum/cornflake secukupnya.(untuk salutan luar)

Cara-cara
1-Ayak tepung dan serbuk koko.
2-Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
3-Panaskan minyak dan jemput-jemput ke dalam minyak panas(macam buat cekodok)
4-Gorenglah sehingga masak.
5-Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. 6-Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
7-Kemudian cover pulak dengan kelapa kering/milo/cornflake/nestum
Siap

resepi boleh amik kat sini

10 Mar 2011

Lakse

IMG_7176[1]

saya suka sangat makan laksa jitra..dia ada manyak cawangan kat area damansara ade, shah alam dan juga kg melayu subang..kuah dia pekat..memang puas hati makan..murah pon murah…patu sebungkus boleh makan 2 orang sebab dia buh banyak..oh ye..dia ade jual cendol gak..cendol dia pon sedap..

dari ari senin teringin nak makan laksa..hubby cakap rabu baru boleh beli sebab dia ade meeting kat HQ..so semalam dia balik dia tapau 2 bungkus laksa..wuwuwu…puas makan..semalam makan dah sebungkus patu lagi satu makan tengahari tadi.

Alhamdulillah..lepas dah satu hajat…oh hubby..mau doyan plak…nyum2

let go kesut

IMG_7159

tepek sini plak…

nak let go kasut ku yang beli salah size..kasut ni beli kat UK mintak tolong kawan beli kan..lebih dari Rm250 tak silap..tapi nak let go RM150..kengkawan bleh la bagi RM130..hihi..size 4.5 (UK size) lebih kurang size 5/5.5 mesia tak silap..aku pulak pakai size 6 tapi gatal gi amik size tu aku pon tak paham..

masih cantik..muka depan kasut tu memang camtu sebab dia ala2 macam kain baldu sesikit..tapi cantik kasut ni..sayang nak jual sebenarnya..hubby pon tak bagi..(ade ke suh simpan) tapi kalau tak jual tak kan nak buat perhiasan kot..tak boleh nak pakai..

lagi satu sebab kerana aku berminat kasut lain..hehe..hubby dah bagi lampu ijo so..yabedabeduuu

pTBL1-7893746_alternate1_v275pTBL1-7893746v275

santek tak santek tak??

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers