Showing posts with label Mode Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Mode Motivasi Diri. Show all posts

19 Jan 2011

cerita sedih

aku ada 2 cerita sedih..

1.. Kuih pau aku adalah x menjadi semalam...kerana salah cara pembuatan dia..aku xtau yg yis tu kena bancuh dlu..selepas aku tanya beberapa kawan aku baru la mereka beritahu "kesialapan2" yg telah aku lakukan..aku pakai masuk je dalam tepung2 sekali..patut la pau aku bantat xmo naik..ape da azimah...xpe2..learn from a mistake...cayokkk

rasa pau dah ade...cuma xmo naik je..inti pulak Alhamdulillah...sedap ler jugak.. :p aku buat inti bbq chicken :)

hubby kata dont judge a pau by its face..judge by its taste.. wallahhhh....

2.. Masa tgk pc pagi td ternampak website saifulislam.com hubby bukak semalam...so aku pon continue baca jugak blog dia..rasa macam lama x baca blog dia..blog dia mmg best..


dan dari entry itu aku berjumpa dengan blog Arwah Mas Afzal

arwah meninggal kerana mengidap blood cancer..innalillahiwainnalillahhirajiun..Alfatihah utk arwah..

dari situ jugak aku jumpa dengan video ni yg membuat kan aku tersentuh...






"CANCER IS A WORD, NOT A SENTENCE"





thank you Allah for giving me chance to live with my family..thank you Allah for everything that you've done for me and my family...thank you Allah for giving me husband who loves and cares about me... Alhamdulillah...


10 Nov 2010

saje nak bebel

hai kawan2,

saje je nak bebel hari ni...rasa cam lama x update...(tu je ayat aku..hhehe)

hmm...2 3 macam je perasaan lately..xtau nak describe camne..semua perasaan bercampor2..suka sedih gembira...

bulan ni jugak macam2 berita gembira dapat tau..im happy for them and also for me! :)

aku sedang di uji oleh Allah..Aku harap Allah bg kesabaran untuk aku lalui segala ujianNya..insyaAllah

setiap manusia x lari dari ujianNya..bila kita susah itu adalah ujian dariNya..dan bila kita senang juga sebenarnya kita sedang diuji olehNya..hehe...macam ustazah x..hehe..

semoga Allah tetap kan iman aku supaya aku lebih suka mengenaliNya dan rasul :)

8 Jun 2010

bismillah 5

PENAWAR BISA DIRI

Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un 'alim

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara menggunakan bismillah 5 :

Ambil segelas air,baca bismillah 5 ini kemudian hembus ke air itu dan minum. Insyaallah penyakit akan berkurang.

-boleh juga diamalkan setiap kali hendak minum air

lupa dari mana sumber aku dpt ni..mintak cilok ye :P

21 Apr 2010

diam bukan mengalah

di petik dari blog saiful islam..

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]
Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers