17 Dec 2010

cover your aurat campaign|show your support

COVER UR AURAT_thumb[2]
apa itu aurat? kalau kita cari dalam wikipedia ia bermaksud:

"Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis"

akan tetapi dalam banyak ayat di dalam Alquran dan hadis aku amat berminat dengan ayat ni

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

jadi, mari lah kita sama2 berusaha untuk menutup aurat..aku pon sedang berusaha ke arah itu..bukan bermaksud aku keluar x pakai tudung..kadang menda yang kecil2 kita lupa seperti bertudung depan sedara ipar dan sebagai nya...

"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh" BERATKAN?

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jom kita tengok sama-sama cara-cara menutup aurat yang dituntut islam ;)

cara menutup aurat yg dituntut dalam islam-783848

tutup_aurat_yg_betul_page_2

25000_106819096002860_100000243116135_168738_1475746_n


Akhir sekali saya tag kan kat semua kawan2 blogger..kihkih..3 orang sikit sgt kan :P

p/s : Terima kasih wani

kesimpulan cerita

ima&hubby

saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjuk kan..

pestime camtum2 gambar guna photoscape…best rupanya kerja camtum2 gambar ni..huhu..tp gambar kat atas tu saje try jerk dlu..banyak gambar kat PC umah..kena balik amik kat umah..later2 baru buat bg cantik2…tujuan nak camtum2 gambo2 ni sebab nak buat wallpaper netbook…

meh nak cerita pasal keje plak..

aku dah buat surat resign dari ari selasa lg..sampai baru arini aku dapat jumpa bos aku..gile lama dia x masuk opis kan..eh..dia ade masuk opis sekejap satu hari tu..tp bila aku balik lunch dia dah xde..igt lepas lunch la nak bagi..

so tadi aku dah bagi kat dia..dia tnya kenapa nak berenti..aku cakap la nak keje dekat ngan umah..dia kata klu camtu xpe la..dia ingat kan aku ade masalah ke kat sini sebab nak berenti..sebab dlu2 masa aku baru keja sini aku nak berenti sebab aku xsuka HR sini..tp dia x bagi berenti….dia suruh wat xtau je ngan depa…so aku pon x jadi la berenti..

tp kali ni ade reason yg dia x boleh nak tolak..so xdpt la dia halang aku (sorry ayat berlagak skit..kehkeh) cam la org nak aku sgt kan.hehe…

tapi dia kata dia nak bincang dlu ngan bos aku yg lagi sorang..emm..ok lah..dupdap dupdap gak masa bg…aihhh..xtau la betul ke x tindakan aku nak berenti keje patu p tempat yg gaji lg skit..tp xpe la..berserah je..rezeki di tangan tuhan..kita cuma perlu berusaha utk mendapatkannya…caiyok2

16 Dec 2010

Happy 25th

thanks for all the birthday wishes, may Allah bless us,

thanks Allah for sending me 'abg'..the best present ever...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

 

**I’m just copy and paste from facebook to this blog

15 Dec 2010

map ke rumah aku

Map picture

sekarang aku juga telah pandai memasukkan map dalam blog aku..yea yeah..I likeee….Open-mouthed smile

meh nak tnjuk umah aku..sebenarnya rumah aku jalan anggerik 3/5..tp xde lak dalam tu..yg ade 3/1…lebih kurang la sebenarnya

14 Dec 2010

kerja baru

sebenarnya semalam kan aku duk search kerja kat saujana utama..xtau la macam mana boleh terpikir nak cari kat situ…selama ni mmg duk plan nak cari kerja lain pon sebab ina pon nnt nak pindah melaka..so aku xde sape nak tumpang p keja nnt..

aku pon mula kan la pencariaan kat google..patu aku ternampak satu iklan kat web majalah.com klu x silap..ade satu company perunding kejuruteraan kat saujana utama nak cari kerani..aku tengok iklan tu dia masukkan bulan 10..tp aku try jugak..mana tau rezeki aku…aku pon start la email dia tanya kekosongan kerja..dan dia reply email aku kata ade and suruh aku email resume aku..semalam jugak aku email kat dia..masa aku mintak kerja tu aku tau dah yang gaji derang tawarkan tu mmg skit..tapi aku fikir xpe lah..yang penting dekat ngan rumah..aku dah sep duit minyak tol dan makan..dan yang paling penting aku xperlu kuar kerja seawal 7 pagi..balik keje pon awal kul 5…

tempat kerja tu mmg dekat gila ngan umah aku..bayang kan la aku naik basikal pon boleh klu nak p keje..jalan kaki xlarat la kan…hehehe….

yang paling menarik sekali tentang kerja baru aku ni ialah aku xpayah p interview…haha..email resume semalam patu pagi td kata permohonan diluluskan..ohhh….syorgaaaaa..td aku call dia tanya sikit2..patu dia suh datang tengok ofis dlu camne…takot x sesuai ke sbb aku tanya keadaan ofis camne..dia kata dia nak besar kan ofis dia sebab tu dia nak pakai orang…aku pon igt petang ni pi tengok ngan ina…orang yg offer keje kat aku tu xde kat saujana utama..dia dekat branch shah alam…so balik nnt jumpa kawan dia…aku harap xde la masalah2 yang tidak di ingini..risau jugak kan..dalam dunia ni macam2 boleh jadi..semoga Allah lindungi aku…aminnn…

daaaa~~~~

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers