17 Dec 2010

cover your aurat campaign|show your support

COVER UR AURAT_thumb[2]
apa itu aurat? kalau kita cari dalam wikipedia ia bermaksud:

"Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis"

akan tetapi dalam banyak ayat di dalam Alquran dan hadis aku amat berminat dengan ayat ni

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

jadi, mari lah kita sama2 berusaha untuk menutup aurat..aku pon sedang berusaha ke arah itu..bukan bermaksud aku keluar x pakai tudung..kadang menda yang kecil2 kita lupa seperti bertudung depan sedara ipar dan sebagai nya...

"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh" BERATKAN?

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jom kita tengok sama-sama cara-cara menutup aurat yang dituntut islam ;)

cara menutup aurat yg dituntut dalam islam-783848

tutup_aurat_yg_betul_page_2

25000_106819096002860_100000243116135_168738_1475746_n


Akhir sekali saya tag kan kat semua kawan2 blogger..kihkih..3 orang sikit sgt kan :P

p/s : Terima kasih wani

4 comments:

KTS said...

**tunduk kepala**
isk isk isk

**lap air mata**
insaf

eimma said...

huhu..aku pon :)

Syah Shah said...

betul... kekadang menda simple tu yang kita lupa... aku memula kawen dulu pakai gak tudung depan ipar belah incik Firdaus... lama sikit tu tercabut plak tudung pasal menggelupur kepanasan... huhu~~ tapi sejak tengah tahun last year aku dah pakai balik tudung... cuma kalau pi umah mak aku je aku masih blom pakai depan abang ipar... huhu~~

lalai lebih aku nih... Iskkk...

eimma said...

itu la..aku pon sedang bertungkus lumus memakai tudung depan ipar

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers