16 Aug 2011

wello..

habuk bukan saja di rumah..juga di blog daku ini...dulu rajin la nak mengapdet..banyak masa terluang..(padahal kat twitter kemain lagi aku apdet status ye dok?).kat opis pulak kerja boleh tahan banyak...tambah pulak baru2 nak belajar buat accounts..so kerja tu agak slow sikit sebab banyak nak kena refer dulu..

oh..sekarang saya kerja buat accounts..padahal sebelom taktahu pon cemana kerja accounts tu..ape tu PnL? bank recon? depreciation? ape kah..itu semua memang takde dalam kamus kerja sebelom ni..tapi diberi peluang so grab saja..ilmu tu tak rugi kalau belajar kan kan..

sebelom ni memang aku ingat kerja kat acccounts department tu memang susah..muka derang selalu nampak macam garang..haha..maybe sebab tak dapat figure yang nak..hehehe..tapi bila dah belajar baru la tau cemana orang buat kerja accounts..not really susah..maybe untuk aku yang tak ramai customer..so quite easy nak handle..hewahhhhhhh...cakap besor napakkkk :p

tapi yang bestnya kat sini..dapat bos yang sabo mengajar..dan dan..hensshhemmm..mulut tak bau dah...hahaha...haihh..i lap u la bos..memang senang kerja ngan bos sekarang..alhamdulillah..hopefully sampai bebila la kan kan..jangan pulak sebulan lagi aku apdet entry bos tu mcam haprak pulak..hahaha..bukan boleh harap sangat aku nih

till then

bye

6 Aug 2011

cerita pasal lecka lecka

aku kan dah jadi peel suka apdet cerita yang dah basi..miahaha...layan je la

sebelom pose kot aku pi ni..makan pakai kupon la apa lagi..kalau kata nak pi sesaja..idok ler dapat kan..buleh tahan mahei jugok rege dia..yg kupon ni worth RM50 pon bukan de menda pon aku dapat makan..dapat sekerim 2 bekas, es blended, waffle n brownies...(xde mende ke?)

yang penting apa yang aku nak katakan kat sini lecka lecka adalah tak sedap eskem nye..tak sesedap Baskin robingggg...macam eskem kat kedai runcit je ku rasa kan..tapi bayor mahal...

dulu aku penah makan eskem kat bucket artisan ni..tapi yang ni memang sedap gilos..macam2 flava ada..cakap la buah ape ko nak..ada aja..



walaupon tak sedap aku PAKSA makan bagi abes gak la kan..sayang dowh..hihi


3 Aug 2011

mudahnya wanita mendapat pahala

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.”

Demikian maksud sepotong Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a.

Ramadan mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kita kepada fitrah, di samping peluang-peluang yang terbuka luas untuk kita, terutama kaum wanita mengaut pahala sebanyak-banyaknya.

Antara peluang-peluang besar bagi wanita untuk mengaut pahala di bulan puasa ialah:


1. Menguruskan berbuka puasa.

Tidak kira di mana dan apa bangsa sekalipun, sama ada di bandar atau di desa, rata-ratanya wanita yang menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga. Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):

"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang anda dapat jika anda menyediakan makanan berbuka untuk mereka. Ini termasuk hari-hari uzur anda di mana anda tetap mendapat pahala puasa. Seeloknya sediakanlah makanan itu sekurang-kurangnya buah kurma dan air dengan duit sendiri.

Pasti pahalanya berganda, pahala menyediakan dan pahalan infaq. Bagi wanita yang tidak ada pendapatan, mulalah menyimpan untuk infaq pada tahun hadapan jika panjang umur. Kalau umur tak panjangpun, insyaAllah akan diberi pahala juga kerana telah berniat. Namun demikian perlu juga diingatkan supaya kita tidak berlebih-lebihan dan elakan pembaziran di dalam menyedialkan juadah berbuka.



2. Mengajak dan Menyediakan Sahur.

Seringkali seorang ibu, iaitu seorang wanitalah yang mengejutkan ahli keluarga untuk bangun sahur. Bersahur adalah antara sunat-sunat puasa yang besar pahalanya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah." (HR Al-Bukhari & Muslim)

Dengan mengajak dan membantu orang lain berbuat perkara sunat, iaitu perkara yang baik kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya. Subhanallah.



3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir Ramadan.

Ramai di kalangan wanita yang berkesempatan ikut beriktikaf di masjid bersama suami. Namun lebih ramai yang tidak berpeluang kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Sungguhpun begitu, wanita tetap berpeluang untuk meraih pahala dengan berniat untuk turut serta jika ada peluang. Dan dengan menolong menyiapkan keperluan suami pergi beriktikaf dan dengan menjaga ahli keluarga di rumah, kaum wanita akan tetap berkongsi pahala dengannya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang" (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan?

Perkara-perkara di atas hanyalah merupakan sebahagian sahaja dari peluang merebut pahala yang ditawarkan di bulan Ramadhan. Ianya tidak termasuk amalan-amalan fardi yang dilakukan oleh wanita itu sendiri seperti puasa, tarawih, baca al-Quran, berdoa, berzikir, menghubungkan silatul-rahim dan lain-lain. Peluang yang begitu besar Allah swt tawarkan dan tiada alasan untuk kita tidak merebutnya.

Adapun syarat untuk kita mendapat ganjaran hebat itu adalah:

1. Beriman dan mentauhidkan Allah dengan semurni-murninya. Elakkan sebarang syirik yang nyata dan tidak nyata;

2. Ikhlaskan niat dengan setulus-tulusnya. Jangan mengharap ganjaran atau pujian manusia; dan

3. Betulkan amalan mengikut prinsip Syariat dengan selurus-lurusnya. Jauhkan bid'ah, ikut-ikutan atau beramal dalam kejahilan.

17 Jul 2011

aktiviti sepanjang minggu ni

minggu ni penuh ngan aktiviti...sampai kan proposal lecturer soh buat pon aku buat tak tau je.. :P tapi nasib baik dia tangguh lagi minggu depan baru bagi..phewww...selamat aku..kalau tak mencari alasan la kan..dasar pemalas..tapi dalam diam tak diam..hampir setahun dah aku stadi kat situ...Alhamdulillah..

memula kita cita pasai dapat keja dulu..rabu aritu aku dapat call soh mai interview..aku cari keja masa tu ari isnin kot tu pon memain ja..tengok2 dapat la pulak...so pegi je lah..masa tu xrasa nak keja lagi..duk syok main masak2 lagi kat umah..takpe la..aku cakap try je..aku try mintak tinggi sikit..kalau x dapat banyak tu aku tolak...kalau dapat aku amik..tengok2 dapat la pulakkk...siap soh stat keja ari khamis tp aku tak leh la sebab aku dah nak balik kampung...aku mintak stat isnin dia bagi..so isnin ni bermula lah keja aku..ni pon xtau bertahan bapa lama..hehe..

orang lain suma tanya..cik abg tak bising ke?? dia nak bising ape..aku keja ka aku tak keja ka..aktiviti dia bila cukup bulan sama macam tu gak...kalau aku keja aku untung la dapat duit poket..tarak keja kalu..sendiri mau ingat laa...

cita pasai aktiviti balik kampung pulak..setiap balik kampung ade je permintaan aku nak itu ini kan..sebenarnya nak ajak hubby pi ladang anggur kat sik. tapi masa tak mengijin kan jadi terpaksalah cancel..tapi permintaan nak makan nasi kuning dapat..weeee.sangat seronok..nasi kuning ni dari aku sekolah rendah lagi dah ade..sampai la sekrang..rasa dia pun sama macam dulu..keadaan dalam kedai tu pon samaaa jugak..best sangat..memang dah lama tingin nak pi bila tengok ahkak datin kita tu pi and siap buh gambar lg kat FB...lagi la membuak2 nak pi..setappp



ni pulak aktiviti sebelom balik kampung..konon nak bawak bekal makan dalam keta masa on the way balik kampung sekali tertinggal daaa dalam peti..sampai balik tadi terus buang..sayang sioottttt...pau dia aku dapat buat gebus jugak..cuma isi bbq chicken tu kurang kick..lepas ni aku nak try buat inti kacang..resepi dia cilok dari myresepi..maleh doh nak buh


13 Jul 2011

donut ku sayang

Akhir nya setelah 4 kali percubaan membuat donut percubaan ke 5 semalam berjaya..lembut elok..baru la aku tau camne rupanya bila yis tu berbuih..aku ingat buih sikit2 je..rupanya buih kemain lg macam float..

Nak kata aku x buh gula masa bancuh yis tu aku buh..tapi semalam aku buh gula icing teruih..ha…baru la buih..eh..lg satu aku guna yis jenama mauripan..sebelom ni jenama moi
Yang penting..jangan give up..tapi sebenarnya kalau ikut aku 1st time tak jadi aritu aku dah give up..then bila bagitau hubby dia pancing aku dia suka makan donut panas2…dia suh aku buat bagi jadi..siap suh tengok resepi orang lain pulak..mandai2 ja..so dah dia cakap camtu..memang tak putus2 la aku try..maklum la..laki nak makan..cewahh…

Untuk percubaan ni aku just guna tepung gandum je..aku ada tepung superfine/putih tu..memang lagi elok guna yang tu..harga pon elok lg la kan…tapi di sebab kan nak try je dulu aku guna tepung gandum murah..still sedap and gebus..dont worry..

Ni nak bagi resepi nya..sharing is caring kan..

Bahan-bahan: dapat dalam 8-10biji yang beso2

2cawan tepung gandum/superfine
1sb mauripan
1sb marjerin (nak guna butter pon ble..org dolu2 guna myk je)
1 ½ sb gula icing
½ sb garam
1 sb susu tepung (kalau xde guna susu pekat pon ble tp kurang kan sikit gula)
Air secukupnya

Method:
1. Bancuh yis ngan 1 sudu besar gula ngan air suam(bg panas lebih sikit)..jgn bancuh guna byk sgt air..dalam ¼ cawan je..tunggu dalam ½ jam dia naik buih2 macam air coke baru lepas buh eskem vanilla..hehe..ketepi kan
2. kemudian satu kan marjerin, gula, susu, tepung gandum gaul sebati sampai jadi serbuk roti..
3. Lepas tu boleh la masukkan bancuhan yis tu semua..gaul bagi rata..bila x cukup air baru tambah sikit2..guna air suam k..doh akan nampak melekat sikit..tapi xpe..biar kan dia naik dulu dalam 1/2jam
4. Lepas ½ke 1 jam tu tumbuk2 then uli balik..tinggal kan balik dalam ½ ke 1 jam lagi patu uli balik then boleh la canai kan dan tekap dengan acuan donut..canai la agak2 tebal dia..jgn tebal sangat sebab lepas tekap kita nak tinggal kan dia dalam 1 ke 2 jam nak bagi naik naik dan naik lg.lepas dah naik boleh la angkat satu persatu untuk goring..
5. boleh la di hidang bersama teh panas atau pon kopi o..makan saje x yah taruk gula kat atas pon sodappp dah..yg penting kena panas2..

Itu saje resepi saya..saya amik resepi yang mudah je..orang lain buh potato starch la, telur la..tak payah buh pon dah sedap sangat insyaAllah..

ni je gambar yang termampu aku amik..huhu




Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers