21 Dec 2010

cerita pasal kemek dan calar

isk..tetiba aku ni kan..rajin sangat menulis..pasai pa xtau..

cerita pasal kemek dan calar tu…petang ahad aku pi class bawak keta hubby la..aku mana la ada keta..isk isk..sepatutnya hubby hantar aku pi class sebab dia nak guna kereta tengahari..tapi di sebab kan semalam dia x boleh tido sampai la ke pagi dan beberapa kali di duk kacau aku tidoq..akhirnya aku kena pi sendiri jugak coz dah pagi tu baru la mata dia boleh nak lelap..isk isk..

so time rehat aku tu aku pi la balik umah amik dia…nak dijadikan kisah masa dekat simpang yang berdekatan ngan umah aku tu aku duk syok tgk tepi aku x perasan yang ade kereta depan aku ni x lepas keluar simpang lagi..aku ingat dia dah lepas dah..lagi pun kepala otak duk pikir menda lain…akhirnya..bummmmmm…kena keta orang..nasib baik x teruk sgt..cuma bumber belakang kereta dia tu jatuh sikit…and lampu pecah sikit…part aku plak kemek sikit kat depan tu skit dan ade la calar2..

nak buat camne..benda dah jadi kan..lepas ni berhati2 je la..hubby cakap camne nak pi naik motor pi keja..klu la naik motor langgar keta orang jatuh bergolek laa …ni duk dalam keta kira okla lagi..

dia kata kemek xpe..repair je la..nnt dia bagi bill la kat aku..cissss…

19 Dec 2010

konon2nya nak pi berjalan la kan..tapi….

belom lagi berjalan...rancang je dulu..kang korang baca ingat aku dah pi jelajah pantai timur dah kan…

ni baru nak cerita je.. Smile with tongue out

InsyaAllah, kalau takde aral melintang pukang aku plan ngan hubby nak jengjalan di pantai timur..sepanjang hidup aku lah kan…tak pernah ku jejaki kelantan dan terengganu tu..teringin sangat nak pegi ni..

kebetulan baru2 ni kawan hubby kawin dekat pahang..plan pada asalnya nak pegi cherating je lepas p kenuri tu tapi ntah macam mana terbuka pintu hati suami ku itu seluas-luas nya ajak pegi kelantan n terengganu patu balik kg terus..berbunga2 hati bila dengar camtu…

bukan senang alahai suamiku tu nak ajak pi jengjalan..selalunya kalau nak pegi cuti mana2 aku akan request then baru dia luluskan (part ni selalu xjadi la)..tak pon aku dah book tiket flight ke baru aku bgtau..then nak xnak dia kena pi jugak la sebab aku dah bayar tiket (ni kes aku pi sabah)..penah satu kali aku dah book tiket g sarawak..bila tiba masa hubby xnak pegi sebab dia ade keje..sedih rasa…pastu seboleh2nya aku ajak ina pi..tiket yang aku book untuk hubby xdapat tukar ke nama ina so aku try book tiket lain..tp bila tgk harga tiket hampir Rm400..pengsannnnn…..so burn camtu la tiket aku tu..sayang sgt rasa..kot x aku dah merasa p sarawak dah..tapi xpe la…xde rezeki time tu nak pi…dan bagus jugak..duit pon x abis..

balik kepada cerita asal…plan nya nak pi pahang dulu untuk tunaikan nak pi kenuri..lepas balik dari kenuri terus menghala ke cherating..tido untuk satu malam kat sana..keesokan nya kitorang akan gerak ke terengganu untuk jalan2 cari makan dan berjumpa dengan kawan hubby..selesai part tu kami akan terus ke kelantan dan menginap kat kota baru..jalan2 dekat wakaf che yeh dan pasar siti khadijah pada keesokan harinya…dah puas berjalan kat kota bharu singgah rantau panjang sekejap…selepas tu baru la balik kg…

tapi cerita yang aku cerita kan tadi maybe xjadi di atas sebab2 yang x dapat di elak kan..hehehe..baru je hubby td cakap maybe x jadi..maybe cerita part balik kg je yang jadi..cerita kemain je tadi macam aku nak pi bersungguh..ape salahnya berangan dulu..

tapi xpe….xjadi sebab menda yg betul2 bersebab aku xdek hal je..jangan x jadi sebab saja2 xmo pi…baru la ade aral yang melintang pukang…hikhik

da….!!~~~

18 Dec 2010

selangor-pahang-terengganu-kelantan-kedah-selangor

entry ini panjang..seperti panjangnya tajuk di atas..tapi xde kene mengena pon..

sementara aku ni tgh bosan dan keseorangan kan..meh la aku cerita apa yg xpatut dicerita pon kat orang..baca buku malas..jadi layan blog la kan...Winking smile

aku ni suka bercakap sebenarnya..tapi nak bercakap ngan komputer macam bodoh sangat bunyinya..so sebab tu la aku menulis..tapi aku xpandai menulis pon..aku xsuka BM lah dulu..karangan aku cam hape..patu suruh buat 4 helai muka surat karangan..lagi masak..tips aku nak bagi dapat 4 helai dengan cepat nya,..buat la huruf besar2…hikhik..

tapi bila aku nak bercerita tu aku akan pikir dulu..macam patut ke xpatut aku buat entry tu..bukan ape..sebab kadang risau bila aku duk sonok2 bercerita..orang kat belakang mengata..aku bukan ape..kesian derang dapat dosa aku dapat pahala..hikhik!..

aku suka dpt kawan baru kat blog ni..tapi kawan yang setakat cakap hai patu senyap aku agak kureng la skit..sebab aku rasa hai derang tu bersebab untuk aku singgah blog derang, promot dan follow blog derang..itu je..ataupon nak cari readers untuk blog dia ataupon nak dpt traffic yg tinggi..oh…’hai’ awak bukan nak berkawan..tapi hai bersebab..sorry ye..saya x dapat nak ikut cara tu Smile

bukan la aku nak berlagak ke ape..aku x mengharap orang mengikuti aku..tapi pada yang sudi..terima kasih banyak2…cuma aku jenis yang macam tu je..sorry ye

kebanyakan kawan blog aku sekarang ni memang aku dah kenal sejak tahun 2008 lagi...aku memang kurang dapat kawan blogger baru sebab aku jarang nak blog hopping ke blog blog orang lain yang aku x kenal..ohhh…bukan aktiviti aku lagi sekarang macam tu..itu semua aktiviti dulu..masa aku aktif berblogging…hehhehe…rajin menyinggah baca blog orang lain

sekarang ni kalau ade blogger2 lain yang rekemen kata blog orang gini2 best baru la aku teliti 2 3 hari then aku akan follow..klu rasa cama asyik2 entrry giveaway..kenot go kawe…hehe..

tapi kalau aku tahu ade kawan2 aku, kawan2 sekolah or sedara aku ade blog..memang aku follow abis..ye lah..sebab kita kenal dia kan…mesti nak baca kisah dia..

p/s sebenarnya entry aku ni mmg aku nak cerita pasal selangor-pahang-terengganu-kelantan-kedah-selangor tapi aku pon x paham..macam mana dia bleh melencong sampai ke cerita lain..aku pon kompius ni..tapi xpe..entry yang sepatut nya akan menyusul beberapa hari lg..sekian…

17 Dec 2010

gigih!

Untitled

walaupon xsemua gambar keluar kat desktop..tp jadi lah..asalkan dapat tengok kebanyakan gambar..seronok plak bila tengok balik gambar2 lama, gambar masa kawen, tunang, akad nikah..seronoknyaaaaaaa kawen…tambah masa baru2 kawen..ohhh….Smile with tongue out

cover your aurat campaign|show your support

COVER UR AURAT_thumb[2]
apa itu aurat? kalau kita cari dalam wikipedia ia bermaksud:

"Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis"

akan tetapi dalam banyak ayat di dalam Alquran dan hadis aku amat berminat dengan ayat ni

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

jadi, mari lah kita sama2 berusaha untuk menutup aurat..aku pon sedang berusaha ke arah itu..bukan bermaksud aku keluar x pakai tudung..kadang menda yang kecil2 kita lupa seperti bertudung depan sedara ipar dan sebagai nya...

"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh" BERATKAN?

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jom kita tengok sama-sama cara-cara menutup aurat yang dituntut islam ;)

cara menutup aurat yg dituntut dalam islam-783848

tutup_aurat_yg_betul_page_2

25000_106819096002860_100000243116135_168738_1475746_n


Akhir sekali saya tag kan kat semua kawan2 blogger..kihkih..3 orang sikit sgt kan :P

p/s : Terima kasih wani
Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers