5 Jul 2011

xtvt memasak beberapa hari kebelakangan ini

ntah la sejak bila aku tgh rajin ni..tiba2 je muncui ntah dari mana..ni aktiviti masak2 utk mggu ni..

bila masak2 tu menjadi sengih seronok x sangga hubby kata..cuba kalau x jadik..duk bebai saja..miahaha

xbape jadi sebab pakai santan peket..ni mggu lepas punya..semalam ade buat lagi tapi x snap pic pon..pon x jadi gak sebb terlebih air..tapi rasa dah ade


karipap inti kentang lada hitam..simpan stock utk goreng kat hubby pepagi dia bawak bekal kdg2

ni cerita memasak semalam iaitu laksam..punya la cari resepi sebab kan nak laksam kedah..hubby takmo laksam Kelantan…search punya search..Alhamdulillah jumpa jugak resepi mak kawan kita ni..kalau dah resepi orang tua tua..opskos la sedap kan..Cuma mee laksam tu aku tak follow dia nyer recipe sebab recipe dia banyak buh tepung gandum..keras dowh aku nyer mee laksam tu..aku search lak recipe mee laksam lain..alter sikit2..sebaik jadi....Cuma tambah tepung beras n air je lg..so ini la hasilnya

IMG_7201IMG_7199

270394_2218091053443_1282626547_2681770_6357676_n


Dalam resipi dia bagi tu dia tak bg sukatan berapa berapa kan..so main agak2 je la..sebaikla jadi... :)..ni resepi sukatan aku punya

Bahan-bahan utk kuah:

  • 2 ekor ikan sardin yang besar2 punya (di rebus..Isi ikan & tulang d asingkan dan d kisar berasingan)
  • 1 sb cili kisar
  • 5biji cilipadi
  • 1 1/2 bawang besar
  • 2 serai (satu utk di kisar dan satu lg utk di titik)
  • lengkuas dalam 4 hirisan
  • 1 cawan santan pekat
  • sekuntum bunga kantan
  • daun kesum
  • garam dan serbuk perasa
  • sedikit belacan
  • asam gelugor
  • air

method :-
1. kisar cili kering,cili padi,bawang,1 btg serai,belacan dan lengkuas.
2. Masukkan semua bahan kisar dlm periuk..masukkan isi ikan, bungan kantan, daun kesom, asam keping dan garam serta serbuk perasa..
3. last sekali masukkan santan dan biar kan ia mendidih


Bahan-bahan & cara2 buat laksam:

  • tepung beras (3 cawan)
  • tepung gandum (2sb)
  • air suam dalam 3-4 cawan

bancuh tepung sampai dia cair..panaskan periuk kukus atau kuali yg d letak air. Bila air dah mendidih, tuangkan bancuhan tepung td dalam tudung periuk. Ratakan...tutup sekejap.lebih kurang 5 minit. Bila tepung tadi dah mcm mengelembung maknanya laksam tu dah masak. So, boleh lah angkat. Biar sejuk sikit baru gulung laksam. Boleh di potong bila nak makan nanti.


Masak Lemak ikan tongkol special
IMG_7195

ni pulak resepi masak lemak special..special ke?hehe..special sikit kot sebab buh bunga kantan and daun kesom..almaklum la..semua tu ade..jadik..humban saje ke dalam apa2 masakan yang agak2 boleh masuk..rasa dia..emmm..hubby cakap sedap..so ok la kan.. :)

ikan tongkol ni x cadang pun nak beli sebenarnya..tapi duk ingat2 macam hubby kata nak makan..rupanya aku tersilap..dia nak amakn ikan jeket..aku pi beli ikan tongkol..ape daa

resepi asal amik dari sini..tapi dan olah sikit

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 1 ulas asam keping
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1/2 cawan santan pekat
  • serai utk di titik
  • daun kesom
  • sekuntum bunga kantan
  • garam secukup rasa
Cara-cara

1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, kunyit
3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.kemudian, masukkan ikan, asam keping, daun kesom dan bunga kantan, biar hingga mendidih
4. kemudian, masukkan santan. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan
.

2 comments:

puanstoberi said...

huwa...kagom kagom. sgt rajin la eima ni.
gud gud :))

eimma's said...

hehehe..xkeje kak..rajin sikit..akalu keje xde rajin camni..xlarat

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers