24 Feb 2011

Jemput-jemput ikan bilis

hello !

ai nak update aktiviti memasak ai petang semalam..kali ni menu minum petang jugak sebab hubby taknak makan malam sudey...

ai suka sangat makan jemput-jemput atau nama saintifik nya cekodok..jemput-jemput yang paling suka ade lah jemput-jemput jagung..sedap sangat...tapi hubby tak suka..jadi ai masak jemput-jemput ikan bilis sebab ai ape-ape je boleh makan...tak dek hal punye

resepi jemput-jemput ini gerenti sedap..ai amik resepi dari sini..ai memang suka amik resepi dari myresepi.com sebab ade gamvar dan kat sebelah resepi tu dia tunjuk komen sape yang dah buat..so kita tau la mana resepi yang sedap dan orang ramai cuba

resepi ni ai buat separuh je sebab almaklum la..2 orang je makan :)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis (yang ni ai blend rasa sedap lagi!)
sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar- hiris
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1-Campur semua bahan-bahan di atas.
2-Panaskan minyak. goreng!

ok bye!!~~

No comments:

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Followers